suria

Cakra Khan lebih utamakan keluarga selepas pemergian ayah tercinta… “Kalau dulu saya pentingkan kerja tak hirau panggilan ibu”

Cakra Khan sedar keluarga lagi penting selepas ayahnya meninggal dunia.

PENYANYI popular Indonesia, Cakra Khan lebih mengutamakan keluarga terutama ibunya selepas kehilangan bapa tercinta, Hermana pada dua tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Cakra Konta Paryaman, 30, ini berkata, sebelum kematian bapanya, dia seorang yang pentingkan karier berbanding keluarga sehingga sering mengabaikan panggilan telefon ibu.

"Kalau dulu saya pentingkan kerja berbanding keluarga dan sering tidak menghiraukan panggilan telefon ibu.

"Tetapi sekarang saya sanggup tangguhkan kerja sebentar hanya untuk menjawab panggilan yang terutamanya dari ibu," katanya.

Cakra sentiasa memuat naik gambar bersama ibu dan keluarga di media sosial.

Cakra berkongsi mengenai perkara itu semasa sidang media Konsert A Decade Live In Kuala Lumpur di Shook JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Cakra mendedahkan pemergian bapa dan rakan baik ketika pandemik Covid-19 adalah titik terendah dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau dia jodoh saya, apa salahnya” - Shuib akhirnya mengaku berkawan rapat dengan usahawan, mohon doa peminat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hawa Rizwana mengaku bukan mudah ambil tempat Neelofa sebagai pengacara MeleTOP, mahu dikenali atas nama sendiri

Katanya, kehidupannya menjadi kosong dan membuatkan semangatnya hilang untuk terus berkarya dan menghiburkan peminat.

"Namun saya bersyukur kerana cepat tersedar dan bertuah kerana keluarga menjadi penguat semangat untuk saya teruskan karier sebagai penyanyi," jelasnya.

Dulu saya pentingkan kerja berbanding keluarga dan sering tidak menghiraukan panggilan telefon ibu.

CAKRA KHAN

PENYANYI

Bercakap mengenai Konsert A Decade Live In Kuala Lumpur pada 20 Januari 2023, Cakra menjelaskan ia adalah sebuah persembahan tribute kepada Allahyarham bapanya yang sentiasa menyokong karier seninya selama ini.

Pertama kali mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur, Cakra memberitahu dia tidak berasa gementar bertemu peminat dan tidak sabar memberikan persembahan terbaik.

"Pertama kali saya diberi peluang mengadakan konsert sendiri dan bagi saya ini adalah satu kepercayaan besar daripada pihak penganjur.

"Saya sama sekali tidak berasa takut untuk bertemu peminat malah teruja bakal menghiburkan mereka semua," katanya.

315096916_687538909251749_2740785831704160072_n

Cakra bakal menghiburkan peminat di Kuala Lumpur pada 20 Januari 2023.

Konsert anjuran Seven Skies Motion berkenaan akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Cakra memberitahu pada konsert itu nanti turut menampilkan Aina Abdul, Khai Bahar dan Govinda sebagai artis jemputan.

Malah katanya, dia sudah pun memilih beberapa lagunya untuk berduet dengan penyanyi jemputan dan berjanji ia akan menjadi kenangan istimewa buat penonton.

Tidak hanya itu, Cakra memaklumkan bakal melancarkan single terbaharu bersama Aina tidak lama lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain