suria

[V] “Sedapnya mulut bercakap!” - Hattan bidas kenyataan ustazah viral isu salam artis, tegur cara dakwah tak betul

Kenyataan itu seumpama menghina status individu yang bergelar selebriti.

PENYANYI Datuk Hattan menyelar kenyataan yang dibuat oleh seorang pendakwah bebas mendakwa seseorang boleh rosak hati dan jiwa jika bersalaman dengan mana-mana artis.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 57, berkata kenyataan ustazah viral itu dilihat seumpama menghina status individu bergelar selebriti.

"Kalau bersalaman dengan artis katanya akan hilang roh. Hina betul artis ni di mata dia. Sedapnya mulut bercakap!

"Anda kata artis ni macam apa? Anda ingat artis ni binatang ke?" katanya.

hattan2 - 1

Hattan menyuarakan pendapat di instagram.

Hattan berkongsi pandangannya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Hattan turut menjelaskan kebanyakan selebriti sudah sampai ke Tanah Suci namun mereka tidak suka menunjuk-nunjuk.

"Artis ni sebenarnya tidak suka menunjuk. 90 peratus artis Malaysia ni kebanyakkannya semua pernah ke Tanah Suci sama ada untuk melakukan ibadah umrah atau haji," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Salam artis boleh hilang 'roh', Aishah pohon ustazah viral bimbing bukan menghina

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pasangan ustazah viral pula bersuara! Gesa suami sedia duit 'saat tumpahkan air mani pada malam pertama' demi jaga aurat isteri masa bersalin

hattan1 - 1

Nasihat perlu menggunakan ayat teguran yang betul.

Sementara itu, penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah ini menasihati orang ramai supaya berfikir terlebih dahulu sebelum menulis atau berkata sesuatu perkara.

"Kalau anda cakap bersalaman itu akan membuatkan batal air sembahyang atau bukan muhrim, kita terima.

"Tapi bila anda cakap salam tu hilang roh, macam hina sangat artis ni. Bercakap tu fikir dahulu!

"Anda kena pilih bahasa-bahasa yang elok. Bagus nak menasihati, tak salah. Tetapi cara anda tidak kena," ujarnya.

Sebelum itu, Datuk Aishah juga turut terpanggil untuk mengulas video yang dimuat naik oleh Ustazah Afifah dan sependapat mengatakan kenyataan itu seumpama menghina golongan selebriti.

TONTON VIDEO DATUK HATTAN INI!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain