suria

“Masyarakat Malaysia susah terima” - Jimmy Couture kongsi inspirasi sebenar rekaan punggung Kim Kardashian untuk Jaclyn Victor 

Jimmy terbuka menerima kecaman netizen.

PEREKA fesyen Jimmy Couture terbuka dengan setiap komen negatif ekoran baju rekaannya yang dipakai Jaclyn Victor ketika konsert minggu kelapan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada Ahad lalu mendapat kecaman netizen.

Sedar ramai mempertikaian rekaan baju tersebut, Jimmy atau Zaizakrani Ismail, 38, berkata, sebagai pereka fesyen dia berpuas hati kerana melunaskan tanggungjawab menampilkan kelainan buat Jaclyn.

"Sebagai seorang pereka fesyen, saya terima dengan hati terbuka apabila ada yang memberi komen tidak suka dengan busana tersebut. Ia adalah perkara biasa.

"Apa lebih penting saya dah selesaikan tanggungjawab untuk mereka busana dengan inspirasi diberikan. Saya berbincang tentang warna, material serta rekaan untuk malam tersebut," katanya kepada mStar.

jimmy 1

Rekaan Jimmy mengambil ispirasi busana wanita era 1887 di Eropah.

Terdahulu gaun labuh berwarna ungu dipakai Jaclyn ketika menyanyikan lagu Lelaki Ini dianggap pelik oleh netizen kerana terdapat bonjolan di bahagian belakangnya.

Rekaan tersebut turut menerima usikan Nabil Ahmad yang merupakan hos GV9 manakala ada pula menyamakan gaya itu seperti punggung Kim Kardashian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ambil hati usikan Nabil Ahmad, Jaclyn Victor sendiri rasa busana ‘punggung’ Kim Kardashian kelakar

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tomok tak terasa hati baju merah dikritik Hetty Koes Endang, puas hati dengan rekaan Hatta Dolmat

Menjelaskan inspirasi sebenar rekaan itu, Jimmy menjelaskan ia berdasarkan era American Victorian sekitar tahun 1887 yang mungkin kelihatan asing dalam kalangan masyarakat tempatan.

Kata Jimmy, bukan mudah menghasilkan gaun itu kerana ia memerlukan teknik dan kemahiran tertentu bagi mendapatkan gaya berkenaan.

Sebagai seorang designer, saya terima dengan hati yang terbuka apabila ada yang memberi komen tentang baju tersebut

JIMMY COUTURE

PEREKA FESYEN

"Bukan senang nak potong dan jahit serta mencantum bahagian depan dan belakang gaun berkenaan. Gelung skrit tidak terpisah dengan busana itu bagi mendapatkan gaya American Victorian berkenaan.

"Rasanya tak perlu saya terangkan panjang lebar mengenainya kerana tidak ramai yang faham tentang inspirasi gaun tersebut. Masyarakat Malaysia memang susah nak terima kalau sesuatu rekaan itu pelik," jelasnya.

jimmy 3

Selain mendapat pujian dari segi persembahan, penampilan Jac juga mencuri tumpuan ramai.

Tinjauan di ruang komen gambar dimuat naik Jimmy di Instagram miliknya mendapati masih ramai dapat menangkap idea sebenarnya dan faham bahawa fesyen adalah sebuah seni.

"Bagi saya ini adalah seni dalam fesyen. Setiap kali Jimmy buat sesuatu pakaian mesti ada cerita di sebaliknya.

"Sekurang-kurangnya orang ramai dapat belajar sesuatu. Apabila ada orang bercakap, maksudnya awak melakukan kerja dengan baik," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain