suria

Foto Farid Kamil, Acha Septriasa sebagai Anwar dan Wan Azizah tular, peminat tak sabar ke pawagam

Farid dan Acha sudah bertemu dengan Anwar serta Wan Azizah.

TIDAK hanya menyatakan sokongan terhadap perjuangan Datuk Seri Anwar Ibarahim sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pelakon Farid Kamil dilaporkan sedang menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Anwar dan memegang watak sebagai tokoh politik tersebut.

Menariknya tentang filem tersebut, ia adalah kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia yang memaparkan kisah hidup ahli politik terkenal itu dan turut menggabungkan pelakon daripada dua negara berkenaan.

Pelakon Indonesia, Acha Septriasa diberi peranan membawa watak sebagai isteri Anwar iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

farid kamil 1

Gabungan Farid dan Acha dilihat sangat tepat membawakan watak Anwar serta Wan Azizah.

Gambar Farid dan Acha yang sedang menjalani penggambaran filem tersebut itu mula tular di media sosial sejak Selasa.

Peminat mula tidak sabar menunggu tayangan filem berkenaan selain melihat Farid sebagai pilihan sesuai diberikan tanggungjawab menggalas watak sebagai Anwar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah mengaku silap ajak peminat tolak DAP

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham, Eizlan tak janji ‘bulan dan bintang’, Jurey mahu wujudkan floating market di Lenggong jika menang PRU15

"Terbaik Farid Kamil, utara dia lebih tulen, memang sesuai bawa watak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Filem mampu buat kesan begitu mendalam serta emosional. Saya harap filem biografi Anwar ini tidak hanya buat kita menangis tetapi ia akan jadi fenomena.

anwar 1

Antara babak dalam filem Anwar.

"Tidak sabar nak menonton, kisah perjuangan penuh liku dan derita yang berlaku di Malaysia yang dicintai," komen netizen.

Filem arahan Viva Mesti ini sudah mula diusahakan sejak tahun 2011 dan kini sedang diperingkat akhir penggambaran.

Dengan latar belakang set dari tahun 1993 hingga 1998, ia dijangka akan ditayangkan pada awal tahun hadapan.

Antara yang menjadi paparan karya ini adalah perjuangan Anwar melawan rasuah ketika serta kontroversi beliau dipecat dari dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sekitar tahun 1998.

Untuk rekod Anwar akan bertanding di Parlimen Tambun dalam PRU15 yang akan berlangsung pada 19 November ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain