MENYIFATKAN kerjaya sebagai anak seni bukan seindah yang disangka, pelakon Noorkhiriah berharap anak sulungnya iaitu Muhammad Hudhaifah, 13, tidak mengikut jejak langkahnya terjun dalam bidang hiburan. Khiriah, 43, secara berseloroh turut berpesan agar Hudhaifah menyediakan wang simpanan secukupnya jika ingin bergelar seorang artis sebagai persediaan ketika waktu sukar. "Jadi artis ini adakalanya indah khabar daripada rupa. Tiada job, sakit bang (Hudhaifah). Semoga 'kuah' tidak mengalir dekat abang. "andai abang nak jadi artis, pastikan dalam akaun ada simpanan tujuh keturunan makan tak habis!," katanya. Khiriah turut membawa anaknya naik pentas ketika di acara ASA2022. Khiriah berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di lnstagram bersempena sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya itu. Sementara itu, Khiriah yang menerima trofi Pelakon Komedi Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2022 (ASA2022) barubaru ini memberitahu tidak akan berhenti berlakon selagi khidmatnya diperlukan. ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah rangkul anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik di ASA2022... “Tak sangka sebab ramai pesaing hebat!” ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis minat dunia seni... Mustapha Kamal akui bimbang, tapis watak sesuai untuk Salsabil Meskipun pernah menyatakan ingin meninggalkan dunia seni sebelum ini, Khiriah bagaimanapun melihat perkara itu sebagai detik dia cuba memperbaiki diri sendiri. "Selagi diperlukan saya tidak akan berhenti berlakon. Sebelum ini, ada kesalahan yang perlu dibetulkan. Sekarang saya terima dan reda apa yang Allah kurniakan kepada saya. Sekarang saya terima dan reda apa yang Allah kurniakan kepada saya NOORKHIRIAH PELAKON "Kalau sudah menang anugerah kategori komedi, mesti ramai yang beri watak genre serupa. Tapi itu semua terpulang kepada saya sama ada nak terima atau pun tidak," ujarnya. Berkongsi pengalaman bergelar anak seni, kata Khiriah, keikhlasan adalah perkara penting dalam kerjaya dan dia tidak pernah mengharapkan sebarang anugerah. Sepanjang penglibatan dalam bidang seni, Khiriah telah menerima pelbagai anugerah. Dalam pada itu, pelakon drama Madu ini juga menepis tanggapan sesetengah pihak dia mula meletakkan harga tinggi selepas memenangi beberapa trofi. "Saya tiada rahsia dalam kejayaan. Apa yang penting adalah ikhlas. Kalau kerja mengharapkan anugerah kita akan kecewa jika tidak menerimanya. "Harga kerja saya sama sahaja daripada dahulu. Tak boleh nak 'tekan' sangat sebab fikirkan orang lain juga mahu cari makan tapi perlulah berpatutan," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI