suria

Tak ambil hati usikan Nabil Ahmad, Jaclyn Victor sendiri rasa busana ‘punggung’ Kim Kardashian kelakar

Netizen tak senang duduk lihat baju digayakan Jaclyn Victor.

PENAMPILAN penyanyi Jaclyn Victor di minggu kelapan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang menyifatkan busana dipakainya serba tidak kena.

Pakaian tersebut kelihatan pelik memandangkan ia mempunyai bonjolan di bahagian belakang busana berwarna ungu itu.

Tidak hanya itu, ketika berada di pentas, gaya Jaclyn turut menjadi bahan jenaka pengacara Nabil Ahmad yang mengundang hilai tawa dalam kalangan penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Mengulas mengenai perkara itu, Jaclyn memberitahu pakaian yang dipakai berinspirasikan gaya elegant victorian namun mengakui bahagian belakang gaun labuh itu pelik pada bahagian belakangnya.

Baju Jaclyn Victor jadi bualan netizen.

Bagaimanapun, dia tidak kisah pakaiannya itu menjadi bahan usikan Nabil memandangkan dia sendiri merasakan ia menghiburkan.

"Pereka fesyen sebenarnya nak buat sesuatu yang elegant ala-ala Victorian punya stail dulu-dulu. Tapi tak tahulah, mungkin daripada bahagian belakang ia nampak lain macam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dina Nadzir peserta tercorot, GV9 buat kejutan lagi tiada penyingkiran

ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza musim ke-9 tambah seminggu lagi, final 27 November 2022

"Tapi saya okay, bukan niat nak melawak tapi bila dengan Nabil saya rasa ia agak kelakar," katanya kepada mStar.

Pun begitu, penampilan Jaclyn mendapat kritikan hebat netizen yang kurang senang dengan bahagian belakang baju tersebut meskipun mendapat pujian tentang persembahan memukau ketika menyampaikan lagu Lelaki Ini nyanyian asal Anuar Zain.

"Baju Jac kenapa? Jangan pusinglah, nampak lain macam.

ASTRO_9975

Netizen samakan baju Jaclyn dengan Kim Kardahsian.

"Ya Allah baju Jac ini sangat meresahkan ya, besar punggungnya. Siapa buat baju dia ni?

"Baju Jac cantik tapi terganggu dengan bahagian belakang macam Kim Kardashian letak belon," antara komen netizen.

Untuk rekod, Jaclyn sekali lagi mendapat tempat pertama dengan markah 85 peratus daripada juri profesional.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain