suria

“Paling menyedihkan, ini adalah benar” - Peminat tegur semakin berisi selepas bersalin, Uyaina Arshad usaha dapat berat badan ideal

Uyaina sedih berat badan naik selepas bersalin anak sulung.

PELAKON dan pengacara Uyaina Arshad mengaku berdepan dengan masalah berat badan selepas melahirkan putera sulungnya, Raja Urhan pada 8 September lalu.

Kata Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, meskipun sedih berat badannya belum mencapai tahap ideal namun itu adalah kebenaran yang perlu dihadapinya.

"Paling menyedihkan, ini adalah benar. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin rasa macam tengah mengandung empat bulan.

"Sebab perut buncit sangat selepas bersalin," katanya.

Uyaina sedih berat badan susah turun selepas bersalin.

Uyaina berkongsi mengenai keadaannya selepas bersalin di Instagram Story selepas mendapat pertanyaan daripada peminat.

"Lepas bersalin, badan makin berisi... Maaf ya Uyaina," kata pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad selamat bersalin bayi lelaki secara pembedahan, Raja Syahiran sambut anak dalam hiba dan gembira

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad sedih abang sulung meninggal dunia di hari jadi ibu

Dalam pada itu, Uyaina berkata, agar sukar untuk menurunkan berat badan lebih-lebih lagi apabila dia bersalin secara pembedahan.

Tambahnya, dia juga sedang berusaha mendapatkan kembali berat badan ideal selain menjaga pemakanan dan mengamalkan diet sihat.

312689001_149084417833067_7942881925213339151_n

Uyaina bersalin secara pembedahan pada 8 September lalu.

"Sekarang saya dah dua bulan bersalin. Usaha juga nak turunkan berat badan, nak kecilkan inci badan balik walaupun jaga makan.

"Tapi perlahan-lahan terutamanya sebab saya bersalin secara pembedahan. Slowly but surely," katanya.

Untuk rekod, Uyaina dan suami, Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain