suria

Covid-19 bukan alasan persembahan teruk, Dina Nadzir anggap adil dapat kedudukan tercorot GV9

Dina sudah menjangkakan dapat kedudukan tercorot minggu kelapan GV9.

PENYANYI Dina Nadzir berlapang dada menerima kritikan pedas daripada ketua juri Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) apabila persembahan lagu Hijau di minggu kelapan program berkenaan tidak menepati kualiti diharapkan.

Kata Dina atau Faradina Mohd Nadzir, 37, dia menerima semua komen yang diberikan Ramli malah menganggap ia perkara biasa ketika bersaing dalam sesebuah pertandingan.

"Kita kena terimalah, mereka guru jadi apa yang dikatakan perlu diambil sebagai nasihat dan tunjuk ajar bagi membolehkan kita belajar dan perbaiki diri," katanya kepada mStar.

Pada persembahan minggu kelapan itu, Dina berada di kedudukan terakhir dengan markah 60.60 peratus namun terselamat selepas tiada penyingkiran dibuat.

ASTRO_9934

Dina terbuka dengan komen juri terhadap persembahannya.

Dalam pada itu, Dina menjelaskan selepas mendapat komen tersebut, dia sudah bersedia dengan sebarang keputusan termasuk menjadi peserta disingkirkan.

Kata Dina, dia akur sekiranya tersingkir dan menganggap ia adil memandangkan persembahannya tidak memuaskan.

"Selepas dapat komen daripada Tok Ram (Ramli MS), saya dah bersedia nak balik. Ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi pun saya tenang dan bersedia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dina Nadzir peserta tercorot, GV9 buat kejutan lagi tiada penyingkiran

ARTIKEL BERKAITAN: Fakhriz V.E. tak tenang buat persembahan di pentas GV9, bayi perempuan 2 bulan keracunan makanan akibat pencemaran air

"Bagai saya adat pertandingan apabila mendapat markah rendah akan terkeluar, saya akur dengan perkara tersebut," jelasnya.

Bercakap lanjut mengenai persembahan yang kurang menyengat kali ini, Dina memberitahu ia berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk fikiranya terlalu berfikir tentang pelbagai perkara.

Meskipun ini bukan kali pertama dia berada di pentas membuat persembahan, tekanan dan keadaan sekeliling semenangnya memberi pengaruh kepada kualiti vokal.

"Mungkin kerana saya ada perasaan gementar ketika berada di atas pentas, lebih-lebih lagi siaran langsung... banyak benda boleh jadi apabila menyanyi secara live.

Dina tak melening terima komen dari Tok Ram.

Dina lapang dada dengan komen diberikan Tok Ram.

"Sewaktu latihan kita hanya fikir persembahan tapi apabila hari kejadian, kita kena fikir penonton, kamera dan banyak perkara lain.

"Itu belum lagi dengan juri dekat depan malah giliran persembahan juga boleh mainkan peranan. Banyak perkara yang perlu difikirkan pada waktu yang sama. Boleh jadi waktu itu tekak pun akan kering," jelasnya.

Sementara itu, Dina berkata, dia tidak mahu menggunakan alasan pernah dijangkiti Covid-19 sebagai punca nyanyiannya terjejas meskipun perkara itu dijelaskan oleh Datuk Syafinaz Selamat dalam komennya.

"Memang saya pernah beritahu saya dijangkiti Covid-19, tapi saya tidak mahu jadikan perkara tersebut sebagai alasan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain