PROGRAM Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sekali lagi membuat kejutan apabila tiada penyingkiran pada minggu kelapan yang berlangsung pada malam Ahad. Untuk rekod, ini adalah kali ketiga tiada penyingkiran dibuat sepanjang musim ini dan membolehkan kesemua baki sembilan peserta mara ke peringkat berikutnya. Pada minggu ini, Jaclyn Victor kembali mengungguli kedudukan teratas dengan markah sebanyak 85.00 peratus diikuti V.E. (80.40) dan Tomok (79.00). Tiga peserta yang mendapat markah terendah adalah Fuad Rahman (69.80), Asheed Def Gab C (63.20) dan Dina Nadzir (60.60). Jaclyn Victor mengungguli GV9 minggu kelapan. Peserta lain yang mara ke peringkat seterusnya adalah Hazrul Nizam, Bob Yusof dan Shila Amzah. Dalam pada itu Tomok diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi manakala Bob Yusof pula penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak. ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza musim ke-9 tambah seminggu lagi, final 27 November 2022 ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tongkat milik arwah bapa kekuatan Dina Nadzir teruskan persembahan di GV9 Bintang Memukau Adabi pula dimenangi Jaclyn Victor yang membawa wang tunai RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500. Pertandingan yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menampilkan barisan juri Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang. Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, GV9 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI