suria

Zamani selamat jalani pembedahan tulang belakang, isteri ucap terima kasih doa peminat

Isteri meluahkan rasa syukur Zamani selamat jalani pembedahan.

PENYANYI zamani dilaporkan selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakangnya yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Isteri bekas anggota kumpulan Slam itu, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu selain mengucapkan terima kasih atas doa peminat untuk kelancaran prosedur pembedahan berkenaan.

"Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buatnya," katanya.

zamani 2

Zamani sudah lama derita penyakit tulang belakang.

Zamani, 51, dilaporkan menjalani pembedahan berkenaan selama dua jam setengah dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Berkongsi mengenai pembedahan itu sebelum ini, Zamani menjelaskan dia akan menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada tahap kekuatan antibodi dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jumpa 3 pakar, Zamani lebih yakin jalani rawatan tulang belakang... Sebelum ini takut sebab dengar cakap-cakap orang!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penganjur dedah konsert tak dapat sambutan, Zamani hanya terima RM4,635 - “Saya hanya ingin bantu, maruah sudah tercalar”

"Menurut kata doktor saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu. Saya akan menjalani latihan fisioterapi.

"Untuk kembali pulih mungkin ambil masa selama tiga bulan. ia bergantung pada kekuatan antibodi," jelasnya dalam satu majlis doa selamat yang berlansung pada minggu lalu.

Untuk rekod Zamani mula menghidap penyakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain