SEPARUH akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37) memperlihatkan banyak lagu ciptaan komposer muda bakal berentap dalam edisi kali ini.
Nama penyanyi seperti Aliff Iskandar, Amir Masdi, Naqiu, Yonnyboi dan Ernie Zakrie antara yang bertanding mempertaruhkan lagu ciptaan mereka sendiri.
Buat kali pertamanya, penyanyi Amir, 26, menerima dua pencalonan di peringkat separuh akhir menerusi Esok dan Debu nyanyian bersama Dayang Nurfaizah.
Esok adalah ciptaan Amir sendiri bersama Shazee Ishak dan Audi Mok manakala Debu gubahan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.
Amir Masdi mempertaruhkan dua buah lagu di SFMM37.
"Alhamdulillah ini merupakan pertama kali dalam karier, saya berjaya menempatkan dua lagu di pentas separuh akhir.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah buat semua yang tercalon," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan Neelofa tepat lagi! ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36, Marsha terlepas trofi vokal terbaik
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hardcase’ Rody Kristal rosak, syarikat penerbangan pula lepas tangan... “Sebelum sign baca dulu dokumen”
Amir ditemui pada sidang media pengumuman 30 buah lagu yang menebusi peringkat separuh akhir yang diadakan pada Jumaat.
Tidak hanya Amir, tujuh penyanyi lain turut mendapat dua pencalonan iaitu Khai Bahar menerusi lagu Sengsara dan Damba, Shila Amzah (Khilaf Asmara dan Bahagiakan Dia duet bersama Liza Hanim) dan Naim Daniel (Mainan dan Habis Sini duet bersama Joe Flizzow).
Nama lain yang tersenarai adalah Joe Flizzow (Satu Malam di Temasek duet bersama Sonaone), Ernie Zikri (Korban dan Berakhirlah Pencarianku duet bersama Hafiz Suip) dan Hafiz Suip (Takluk Cinta).
Separuh akhir Muzik-Muzik 37 akan bersiaran secara langsung di TV3 pada 25 dan 26 November 2022 pada pukul 3 petang.
Hari pertama SFMM37 akan membawakan genre Rock & Roll manakala hari kedua bertemakan genre Pop dan Pop Etnik yang turut diserikan dengan persembahan penyanyi hebat seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura.
Program itu akan dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam.
Bagi edisi Juara Lagu Ke-36 (AJL36), lagu Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah dan SOG muncul sebagai juara.
Berikut adalah senarai penuh lagu yang bakal berentap dalam SFMM37;
1. Terindah - Alif Satar & The Locos
2. Berani - Dolla
3. Kisah Hati Lara - Naqiu
4. Tak Sangka - Yonnyboi, Zynakal dan Asyraf Nasir
5. Demi Kamu - Indah Ruhaila
6. Nang - Iman Troye
7. Cukup Derita Itu - Siti Nordiana
8. Perempuan - Jaclyn Victor
9. Sumpahan Salju - Ara Johari
10. Payung Pelangi - Noki & MK
11. Sempurna - Imsomniacks
12. Kembali Terang - Marsha Milan Londoh
13. Sama Seperti Dulu - Hael Husaini
14. Irama - Shiha Zikir
15. Makuta - Hazama, Kmy Kmo & Luca Sickta
16. 24434 - Floor 88
17. Hitam Saksi Putih - Haqiem Rusli
18. Terus Hidup - Aina Abdul
19. Esok - Amir Masdi
20. Debu - Amir Masdi & Dayang Nurfaizah
21. Sengsara - Khai Bahar
22. Damba - Khai Bahar
23. Khilaf Asmara - Shila Amzah
24. Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim
25. Mainan - Naim Daniel
26. Habis Sini - Naim Daniel & Joe Flizzow
27. Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow & Sonaone
28. Korban - Ernie Zakri
29. Berakhirlah Pencarianku - Ernie Zakri & Hafiz Suip
30. Takluk Cinta - Hafiz Suip
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI