PENYANYI Ernie Zakri mengakui teruja apabila buat pertama kali dia bakal beraksi di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) dengan menyanyikan lagu ciptaannya sendiri berjudul Korban. Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkata, sebelum ini dia hanya bertanding sebagai seorang penyanyi, namun kini dia perlu menggalas tanggungjawab yang berbeza. "Sebelum ini saya datang sebagai seorang penyanyi yang diberi tanggungjawab untuk menyanyi dengan baik. "Tapi, kali ini saya hadir sebagai penulis lirik dan komposer lagu saya sendiri. Dengan tiga tanggungjawab yang perlu digalas ini, saya rasa sangat gembira dan bersyukur," katanya kepada mStar. Buat pertama kali bertanding sebagai penulis lirik dan komposer. Ernie ditemui semasa sidang media pengumuman 30 buah lagu yang berjaya ke pentas SFMM37 yang diadakan baru-baru ini. Dalam pada itu, Ernie menyifatkan dirinya masih baharu sebagai seorang penulis lirik dan komposer, namun berbangga dapat bersaing dengan individu yang berpengalaman. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lain nyanyi 'Berakhirlah Pencarianku' di SFMM37, Ernie Zakri perjelas ia keputusan pengurusan ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip mohon maaf kepada peminat, terikat komitmen lain punca tak menyanyi di SFMM37 Kata Ernie lagi, ini merupakan peluang terbaik untuknya menimba ilmu supaya dapat menulis lagu dengan lebih baik selepas ini. "Bila difikirkan semula, saya baru setahun jagung menulis lagu dan bertanding pula dengan rakan komposer yang sangat hebat. Saya kini boleh memberi lebih fokus kepada lagu Korban. ERNIE ZAKRI PENYANYI “Bagi saya, ini lebih kepada peluang terbaik untuk saya belajar lagi bagi menulis lagu dengan lebih baik,” ujarnya. Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia mempunyai lebih banyak masa untuk memberi fokus kepada lagu Korban kerana dia tidak membuat persembahan menerusi lagu duetnya bersama Hafiz Suip berjudul Berakhirlah Pencarianku. “Mungkin tidak ada rezeki untuk saya menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku di SFMM37, namun setidaknya saya kini boleh memberi lebih fokus kepada lagu Korban,” ujarnya. Ernie bakal memberikan fokus sepenuhnya untuk lagu Korban. Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Bersuara ini tidak menafikan dia meletakkan harapan agar lagu Korban ini layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37). “Sebagai seorang penyanyi dan komposer, bohonglah kalau saya katakan tidak berharap untuk ke pentas akhir. “Bila kita sudah bersiap cantik dan menyanyi di atas pentas, pasti kita akan berharap. Namun, saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana saingannya juga bukan calang-calang,” katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI