suria

Bekas presiden tak ‘hormat’ orang single, peminat cemburu lihat kemesraan Najwa Latif dan Akwa Arifin

Najwa dan Akwa undang rasa cemburu peminat.

PENYANYI Najwa Latif mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila tampil berduet bersama suami, Akwa Arifin menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Najwa atau Imratu Najwa Abdul Latif, 27, menyanyikan sebuah lagu dengan bai-bait lirik romantik seolah-olah ingin melamar pasangannya itu.

"Sayang, sudilah engkau mengahwini diriku, menjadi suamiku.

Pasangan pengantin baharu yang mencuri perhatian ramai.

"Sayang sudikan menjadi suamiku, cinta hatiku yang satu," antara lirik yang dinyanyikan Najwa.

Pasangan pengantin baharu ini menyanyi secara akustik sambil Akwa memainkan gitar dan Najwa duduk dihadapannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif selamat bergelar isteri rapper Akwa Arifin, terima mas kahwin 2.5 gram emas

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif sendiri terkejut sudah bergelar isteri, peminat nak cari pengganti presiden kelab single

Sementara itu, menerusi hantaran tersebut, Akwa turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kerana Najwa sudi menyayangi dirinya.

"Terima kasih sebab awak sudi sayang," tulisnya ringkas.

Terima kasih sebab awak sudi sayang.

AKWA ARIFIN

PENYANYI

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat cemburu melihat pasangan ini dan tersenyum sendiri apabila mendengar nyanyian mereka.

"Sebagai bekas presiden, patutnya kak Wawa tahu kot perasaan rakyatnya.

"Yang single jangan tengok, takut korang menangis nanti.

najwa2 - 1

Najwa dan Akwa selamat bernikah pada 11 November lalu.

"Penatlah senyum seorang diri depan handphone. Nak panggil laki lah!

"Comel, aku pula yang senyum sorang-sorang," tulis netizen.

Terdahulu, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November lalu di Batu Pahat, Johor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain