PELAKON Lana Nodin menjawab persoalan netizen berhubung struktur hidungnya sebelum membuat pembedahan yang dikatakan persis mendiang penyanyi Michael Jackson. Lana atau Mazlina Hasan Nordin, 44, berkata, bentuk hidungnya menjadi seperti itu disebabkan terkena jangkitan sehingga ia kelihatan tirus. "Hidung dulu terkena jangkitan. Michael Jackson pun waktu itu terkena jangkitan dan disebabkan itu hidung jadi begitu," katanya. Lana tidak pernah berselindung melakukan pembedahan hidung. Lana menjelaskan perkara itu sebagai respon kepada soalan ditanya pengikutnya di media sosial. Pelakon itu turut memuat naik video pemeriksaan terakhir selepas melakukan pembedahan pada bahagian hidung di Seoul, Korea Selatan Oktober lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Wajah tak bengkak dan tiada komplikasi, Lana Nodin buat pembedahan hidung... sempat bersiar-siar di sekitar Seoul ARTIKEL BERKAITAN: Guna tulang rusuk sendiri ganti silikon, kos pembedahan hidung Lana Nodin RM166,000 Dalam pada itu, Lana memberitahu sudah serik melakukan pembedahan hidung dan tidak sanggup lagi melalui proses sama. Menurut Lana, sudah empat kali dia melakukan pembedahan bagi membetulkan hidungnya agar ia kembali normal. Hidung dulu terkena jangkitan sama macam Michael Jackson. LANA NODIN PELAKON "Puas juga sudah empat kali buat, dah sampai tahap tak sanggup lagi. Dah serik," katanya. Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri berkenaan turut terbuka melayan komen peminat dengan menjawab pertanyaan diajukan kepadanya. Lana berkongsi kisah perjalanan melakukan pembedahan hidung. Antaranya soal diterima Lana termasuklah sama ada dia perlu melakukan pembedahan lain selepas ini. "Kalau guna tulang rusuk, tak perlu buat semula tetapi kalau plastik, silikon perlu buat setiap 10 tahun," jelasnya. Untuk rekod, Lana pernah menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI