PENYANYI Wani Kayrie tidak mudah melatah terhadap kecaman dilemparkan kepadanya apabila ramai tidak berpuas hati dia bakal menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37). Wani atau Syazwani Abdullah, 22, sebaliknya sudah mempersiapkan diri ketika diberikan tugasan tersebut dan menganggap kecaman sebagai cabaran membuktikan diri. "Saya dah siapkan mental awal-awal apabila baca komen netizen dan saya anggap ia sebagai cabaran untuk buktikan diri dengan membawa lagu berkenaan dengan cara tersendiri. "Saya tidak akan menjadi Ernie Zakri... kalau ada orang hendak kecam dan buat perbandingan itu terpulang malah mereka berhak berbuat demikian," katanya kepada mStar. Wani sedia berdepan dengan kecaman netizen. Terdahulu, ramai melahirkan rasa tidak puas hati apabila penyanyi asal lagu tersebut Ernie Zakri dan Haifz Suip tidak akan menyanyikan lagu berkenaan di SFMM37. Sebaliknya ia digantikan dengan Wani dan Ahmad Syafiq menerusi lagu ciptaan Ikhwan Fatanna, Wan Saleh dan Datuk A. Aida. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lain nyanyi ‘Berakhirlah Pencarianku’ di SFMM37, Ernie Zakri perjelas ia keputusan pengurusan ARTIKEL BERKAITAN: Ikhwan Fatanna dipersalahkan ‘Berakhirlah Pencarianku’ tukar penyanyi, hanya tahu sehari sebelum sidang media SFMM37 Dalam pada itu, Wani mengakui walaupun sudah bersedia dengan kecaman namun sebagai seorang manusia biasa hatinya tetap terguris apabila ada menggelarnya sebagai artis sendu. Tidak hanya itu, dia turut terasa hati apabila ramai mengkritik kemampuan vokalnya bagi menyampaikan lagu berkenaan. Saya tidak akan menjadi Ernie Zakri tapi saya akan bawa lagu ini dengan cara saya tersendiri. WANI KAYRIE PENYANYI "Mula-mula tak rasa terbeban dengan kecaman netizen tapi ada rasa sedih apabila orang komen kenapa artis sendu dan BBNU yang bawakan lagu ini. "Bagi saya mungkin mereka tidak kenal saya tetapi komen sedemikian sedikit sebanyak ada menggores hati saya," ujarnya. Berkongsi keterjuaan membawa lagu tersebut, Wani berkata, pada awalnya dia tidak percaya diberi peluang tersebut apabila dimaklumkan pihak pengurusannya. Wani bersama Ikhwan Fatanna dan Ahamd Syafiq. Kata Wani, dia sedar risiko yang besar menanti dirinya apatah lagi Ernie terkenal dengan kemantapan vokalnya. "Saya memang gementar gantikan Ernie malah pada awalnya saya tak percaya apabila dimaklumkan perkara itu oleh pihak pengurusan. "Insya Allah saya akan buat yang terbaik di SFMM37 nanti," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI