suria

Isteri seharian moody, Caprice terlupa ulang tahun pertama perkahwinan - “Terima kasih bersabar dengan lelaki paling kontroversi di Malaysia”

Caprice minta maaf kepada isteri kerana sibuk bekerja.

AKIBAT sibuk dengan pelbagai tugasan, penyanyi rap Caprice terlupa akan sambutan ulang tahun perkahwinan pertama bersama isteri, Farra Inalis pada 15 November lalu.

Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, dia hanya menyedari tentang perkara itu selepas isterinya menunjukkan protes sepanjang hari terhadapnya.

"Terima kasih sebab bersabar selama 12 bulan dengan lelaki paling kontroversi di Malaysia. Tak sangka sudah setahun.

"Patut semalam ada orang macam moody, kita pun tak tahu apa punca. Selepas seharian kerja baru teringat, anniversary!," katanya menerusi Instagram.

Caprice tak sangka dah setahun kahwin dengan Fara Inalis.

Caprice turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada Farra kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga terlupa akan ulang tahun perkahwinan mereka.

Penyanyi rap itu turut terharu apabila isterinya itu terpaksa berdepan dengan pelbagai drama sepanjang setahun mereka mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Caprice kahwin senyap-senyap

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun jadi ibu tunggal, Farra Inalis setuju terima lamaran Caprice kerana anak... enam bulan kenal dah panggil ‘daddy’

"Minta maaf sangat sebab sangat sibuk sejak kebelakangan ini dengan pelbagai kerja. Selamat satu tahun, semoga kekal ke Jannah Insya Allah.

"Minta maaf juga kerana belum jadi yang terbaik dan selalu kena bersabar dengan pelbagai drama,” tulis Caprice lagi.

Minta maaf juga kerana belum jadi yang terbaik dan selalu kena bersabar dengan pelbagai drama.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Sementara itu, Caprice turut meninggalkan pesan kepada golongan lelaki bergelar suami agar lebih peka tentang tarikh penting terutamanya ulang tahun perkahwinan.

Katanya, ia penting sekiranya ingin mengelakkan ada pihak bermasam muka dan menunjukkan protes tidak berpuas hati dengan sang suami.

Caprice minta maaf pada isteri kerana sibuk kerja.

"Kepada anak muda yang baru nak berkahwin atau terfikir nak berumah tangga, satu sahaja benda saya nak pesan.

"Set alaram tiga hari sebelum anniversary, dua hari dan sehari sebelum ulang tahun. Seminit sebelum anniversary. Insya Allah selamat," ujarnya berseloroh.

Untuk rekod, Caprice dan Fara, 27, yang juga seorang ibu tunggal berkahwin pada 15 November 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain