suria

FDAM ambil tindakan syarikat produksi dan stesen TV tak benar penggiat seni keluar mengundi

Mat London (dua dari kanan) menggesa penggiat seni keluar mengundi.

PERSATUAN Filem Malaysia (FDAM) akan mengambil tindakan terhadap syarikat produksi dan stesen TV yang tidak membenarkan penggiat seni keluar mengundi pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sebagai rakyat Malaysia, penggiat seni turut bertanggungjawab untuk keluar mengundi tanpa sebarang alasan, kekangan atau isu melibatkan kerja pada tarikh berkenaan.

"Kami mengambil serius tentang hari mengundi ini kerana penggiat seni juga merupakan penentu masa depan negara kita.

"Saya mohon kepada semua syarikat produksi dan stesen TV agar menyusun semula jadual dan tarikh penggambaran yang jatuh pada hari mengundi," katanya.

Mengundi

Penggiat seni juga ada hak menentu masa depan negara.

Sementara itu, Ahmad berkata, FDAM turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas keprihatinan kerna memberi pelepasan khas pada 18 November untuk membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah membesar dalam keluarga B40... Eizlan Yusof miliki 'hati tisu', faham kesusahan hidup rakyat

ARTIKEL BERKAITAN: Eizlan, Ahmad Idham antara 5 selebriti bakal rebut jawatan wakil rakyat

"Semestinya ada penggiat seni yang akan pulang mengundi di kampung. Ini akan membantu mereka merancang sebelum memulakan perjalanan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut menyeru kepada semua penggiat seni untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi Sabtu ini.

"Penggiat seni juga penentu masa depan negara Malaysia, jadi mari bersama-sama kita tunaikan kewajipan kepada negara tercinta ini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain