suria

Trauma banjir berulang, Afieq Shazwan pantau air parit ketika hujan sampai 1 pagi

Bahagian depan rumah Afieq dinaiki air pada malam Rabu.

HUJAN yang mencurah di sekitar Selangor lebih dua jam pada malam Rabu membuatkan pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan tidak tenang.

Manak tidaknya, pengalaman rumah dinaiki air akibat banjir Disember tahun lalu membuatkan Afieq atau Muhammad Shafiq Shazwan Zamros, 25, sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

"Apabila hujan lebat memang rasa tak tenang. Saya ada di rumah ketika itu membuatkan saya sentiasa pantau keadaan air dalam parit berdekatan untuk pastikan ia tidak naik dan melimpah.

afieq shazwan 2

Afieq sentiasa bersedia berdepan situasi banjir.

"Saya sibuk keluar masuk rumah sebab bimbang air akan masuk ke dalam rumah. Dalam hati hanya berharap dan berdoa agar hujan segera berhenti," katanya kepada mStar.

Afieq sebelum itu turut berkongsi situasi di kawasan perumahannya yang terletak di Klang, Selangor mula dinaiki air sekitar pukul 1 pagi Khamis.

Penyanyi lagu Lelaki di Telefon itu meluahkan rasa syukur hujan lebat malam semalam tidak berlarutan lama dan hanya kawasan depan rumahnya sahaja sedikit terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dinaiki air, Afieq Shazwan berjaga sampai Subuh bimbang keadaan jadi lebih buruk

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh nyanyi nada tinggi kesan Covid-19, Afieq Shazwan bimbang hilang punca rezeki

"Alhamdulillah, tidaklah teruk sangat selepas hujan lebat semalam. Hanya kawasan luar rumah sahaja yang dinaiki sedikit air.

"Sekarang saya sedang bantu ibu untuk kemas kawasan luar rumah sebelum bersiap untuk bekerja," jelasnya.

Memanglah berharap tidak lagi terkena banjir seperti tahun lalu. Bagaimanapun keluarga kami sentiasa bersedia dan reda jika ia berlaku

AFIEQ SHAZWAN

PENYANYI

Tambah Afieq lagi, dia dan keluarga sentiasa dalam keadaan bersedia berdepan musibah banjir memandangkan laporan kaji cuaca semasa meramalkan hujan lebat bakal berlarutan.

"Memanglah berharap tidak berlaku banjir seperti tahun lalu tapi keluarga kami sentiasa bersedia dan reda jika ia berlaku.

"Tahun lalu banjir berlaku dalam keadaan mengejut dan tak sempat nak buat apa-apa. Kali ini kalau hujan lebat sempat nak selamatkan barang-barang penting," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain