suria

Lufya bersengkang mata jaga anak kena demam campak - “Teringat dulu masa kecil gatal kemain mengenyam”

Lufya minta tip daripada peminat untuk rawat chicken pox.

PELAKON Lufya Omar tidak sanggup melihat keadaan anak kesayangan Laana Haura yang dijangkiti demam campak sehingga kanak-kanak itu tidak boleh tidur lena pada waktu malam.

Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, disebabkan itu dia terpaksa berjaya demi melayan gelagat Laana memandangkan dia berasa tidak selesa badannya dinaiki bintik-bintik yang gatal.

Semalaman melayan Haura tak boleh tidur kena chicken pox. Teringat dulu masa kecil kemain gatal mengenyam," katanya di Instagram.

Lufya memberitahu, Laana juga menangis kerana tidak dapat menahan kegatalan akibat demam campak.

Lufya minta petua cara rawat chicken pox.

Menerusi video yang dikongsi, Laana menunjukkan beberapa bahagian tubuhnya yang memiliki beberapa bintik merah.

"Haura dah tak cantik, saya ada chicken pox di sini (sambil menunjukkan bintik pada bahagian tubuhnya)," kata kanak-kana berusia lima tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekat WhatsApp Julia Farhana, Lufya Omar tak cemburu bekas suami bakal berkahwin - “Saya yang minta cerai”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ada trauma masa kecil” - Lufya dedah anak kerap pukul muka sendiri, buat rawatan terapi bantu Haura

Dalam pada itu, Lufya turut meminta tip daripada pengikutnya bagi membantunya meredakan kesan demam campak tersebut.

"Kalau kena ini tidak boleh mandi kan? Apa tips boleh kongsi untuk hilangkan rasa gatal dan penjagaan supaya tiada kesan parut selepas pulih," soalnya.

Rata-rata pengikutnya bersimpati dengan keadaan Laana sekaligus meninggalkan beberapa petua untuk membantu Lufya menjaga anaknya.

Badan Haura dipenuhi bintik merah.

"Pastikan jangan garu Haura, tahan sikit. Lebih-lebih lagi dekat muka. Semoga cepat sembuh Haura.

"Kalau petua orang dulu memang tak boleh mandi, tapi kata doktor kena mandi sebab kuman. Baik mandi selain sapu ubat.

"Ambil ubat sapu yang berangin dekat klinik untuk tahan gatal, jangan bagi makanan bergoreng.

"Jangan kena air hujan untuk elak berparut... Insya Allah dalam tempoh dua minggu sembuh sepenuhnya," antara petua dikongsi netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain