suria

Mengadu sesak nafas dan sakit dada, Mia Sara dikejarkan ke dua buah hospital

Mia Sara dikejarkan ke dua hospital pada Selasa lalu.

PELAKON Mia Sara dikejarkan ke dua buah hospital pada Selasa lalu selepas mengadu mengalami masalah sesak nafas dan sakit pada bahagian dada.

Bapa pelakon itu yang juga pengurusnya, Muhammad Ridhuan Saleh memberitahu Mia menerima rawatan selama lapan jam akibat masalah tersebut.

Bagaimanapun kata Muhammad Ridhuan, Mia atau Mia Sara Nasuha, 17, dibenarkan pulang ke rumah dan dalam proses pemulihan.

"Mia Sara dikejarkan ke dua buah hospital petang semalam disebabkan ketidakselesaan pada bahagian dada selain mengalami sesak nafas.

Mia sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas lapan jam mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun dia telah dibenarkan pulang selepas lapan jam pemerhatian dan kini sedang berehat di rumah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara bingung ayat selalu diputar belit, netizen suruh cakap Melayu saja

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Puteri Balqis mohon maaf kepada Mia Sara, akui tersinggung didakwa tiada didikan agama

Perkara itu dikongsikan Muhammad Ridhuan menerusi akaun Instagram milik pelakon remaja berkenaan.

Dalam pada itu, Muhammad Ridhuan berterima kasih kepada peminat yang bimbang akan kesihatan Mia.

"Saya bagi pihak keluarga Mia Sara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan," katanya lagi.

Mia sebelum ini turut memuat naik video memaparkan dirinya sedang terbaring di katil hospital sehingga menimbulkan pertanyaan pengikut tentang kesihatannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain