STATUS pendakwah Da'ia Syed dan Hana Ismail akhirnya terjawab apabila pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan. Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon Datin Seri Umie Aida menerusi Instagram miliknya pada malam Rabu. Syed atau Syed Shah Iqmal Mohammad Shaifful, 27, berkenaan menghantar rombongan ke rumah personaliti stesen TV Al-Hijarah itu dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat. Dalam pada itu, Umie turut berpesan kepada Syed untuk menjaga Hana dan mendoakan mereka berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. ARTIKEL BERKAITAN: Sedia berkahwin... Da’i Syed jawab status hubungan dengan pengacara TV Al Hijrah, Hana Ismail ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon itu turut berkongsi kunci kebahagiaan dan tentang nilai tanggungjawab yang perlu digalas pasangan berkenaan selepas mendirikan rumah tangga nanti. "Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka. "Jaga Amanah ini sebaiknya Syed dan Hana. Semoga adikku berdua dalam lindunganNya dan rahmatNya Allah SWT,” katanya. Terdahulu tular foto memperlihatkan Syed dan Hana bersama ibu masing-masing dalam sebuah majlis. Bagaimanapun, Syed enggan mengulas mengenainya dan hanya memberitahu ia pertemuan dua keluarga untuk mengenali lebih dekat antara satu sama lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI