suria

Atiq Azman sokong PN tapi netizen pula berbalah, siap petik negeri Kelantan… “Sabar! Jangan taasub sangat”

Pilihan Atiq tentang parti politik menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

PERKONGSIAN pelakon Atiq Azman mengenai parti pilihannya sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengundang perbalahan dalam kalangan netizen.

Perdebatan bermula apabila seorang peminat menyuarakan pendapat di ruangan komen tentang kemajuan yang dijangka bakal berlaku sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang majoriti dalam PRU15.

"Nanti miskin macam Kelantan, stesen bas pun macam kandang," tulis individu berkenaan.

atiq 1

Netizen berbalah di ruangan komen Instagram Atiq.

Pandangan individu itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang kerana seolah-olah memburukkan pemerintahan kerajaan negeri Kelantan.

"Kamu yang cakap Kelantan miskin, saya hidup biasa je. Kamu nak apa lagi? Kamu yang tidak bersyukur?

"Biar miskin duit, jangan miskin budi bahasa. Beradab itu lebih penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Sasha Saidin sebak tengok semangat patriotik pengundi Malaysia di luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Iris Leona tetap jalan tanggungjawab biar jauh di perantauan, tapi tunjuk kertas undi buat netizen tak berkenan

"Malas nak berdebat dengan orang yang tiada attitude. Cakap macam mana pun takkan faham. Contoh orang bijak berkata-kata tapi bodoh dalam pemikiran. Tunjuk sikit yang kita tidak rendah IQ," komen netizen yang rata-rata menulis dalam dialek Pantai Timur.

Terdahulu Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 22, membuat satu hantaran yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap PN.

Bukan kita jadi Perdana Menteri. Pening kepala nak fikir. Janji kita pilih yang betul, teguh dan amanah

ATIQ AZMAN

PELAKON

Membalas komen-komen tersebut, Atiq memohon supaya peminat tidak berbalah dan bijak untuk memilih bakal pemimpin dalam PRU15.

"Kelakarlah masing-masing gaduh. Sabar, jangan taasub sangat. Kita sama-sama bangsa Melayu tak guna gaduh.

atiq 3

Atiq selesai mengundi pada pagi Sabtu.

"Bukan kita jadi Perdana Menteri. Pening kepala nak fikir. Janji kita pilih yang betul, teguh dan amanah," katanya.

Melalui hantaran di Instastory, Atiq dilihat telah menjalankan tanggungjawab keluar mengundi di awal pagi Sabtu

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain