suria

Ragam artis mengundi! Elfira Loy tak boleh tidur, Siti Elizad pula penat beratur tapi salah sekolah

Antara artis yang keluar awal mengundi pada Sabtu.

KEMERIAHAN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dapat dilihat menerusi laman sosial apabila ramai berkongsi perjalanan proses pengundian di kawasan masing-masing sejak pagi Sabtu.

Menjadi sebahagian rakyat Malaysia, golongan artis dan selebriti tempatan juga tidak terlepas melaksanakan tanggungjawab memilih barisan pimpinan kerajaan baharu.

Berkongsi situasi di pusat pengundian, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat hadir sekitar pukul 11 pagi dan meletakkan harapan agar negara Malaysia menjadi lebih baik selepas ini.

siti 1

Siti selesai buang undi.

"Perjalanan mengundi saya hari ini... keadaan tenang. Semoga Allah berikan kami pemimpin yang amanah dan berwibawa serta menjaga rakyat dengan baik.

"Alhamdullillah selesai jalankan tanggungjawab hari ini. Semoga Malaysia jadi lebih baik," katanya.

Siti sebelum itu dilihat menghantar suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ke pusat berkenaan sebelum menunggu gilirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling awal sampai pusat mengundi, Azwan Ali siap bagi kata-kata semangat untuk Azmin

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman sokong PN tapi netizen pula berbalah, siap petik negeri Kelantan... “Sabar! Jangan taasub sangat”

Sementara itu, pelakon Elfira Loy pula memberitahu dirinya gementar sehingga tidak lena tidur sebelum hari mengundi.

Dia sempat menulis beberapa panduan untuk orang ramai bagi memudahkan urusan pengundian.

"Alhamdulillah saya telah jalankan tanggungjawab. Pergi awal pagi sebab gementar sampai tak boleh nak tidur.

elfira 1

Elfira kongsi tip ke pusat mengundi.

"Lebih baik pegang telefon dan kad pengenalan supaya proses lebih lancar. Ia jadi lebih cepat kalau anda mudahkan proses itu," ujarnya.

Lain pula cerita pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad yang turut berkongsi pengalaman mencuit hati apabila tersalah pusat pengundian.

Sudahlah silap lokasi, Elizad berkata perutnya pula tiba-tiba sakit perut ketika sedang beratur menunggu giliran.

elizad 1

Terlalu teruja sampai Elizad salah tempat mengundi.

"Seawal pagi dah keluar rumah. Dah nak sampai depan (barisan) masa ini pula sakit perut.

"Beratur panjang tapi salah tempat mengundi. Mungkin teruja sangat sampai tak boleh bezakan sekolah rendah dan sekolah menengah," jelasnya dalam satu video di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain