suria

Tak sia-sia 10 tahun cuba nasib, Aqeesh akhirnya dapat peluang nyanyi lagu OST drama ‘Rindu Kasih’

Aqeesh merupakan bekas peserta Terpaling Juara.

BEKAS peserta program Terpaling Juara musim pertama, Aqeesh Aleeya tidak menyangka diberi peluang menyanyikan lagu berjudul Retak bagi runut bunyi drama Rindu Kasih.

Aqeesh atau Nur Balqis Aleeya Shahrom, 18, berkata, dia menganggap ia rezeki yang tak disangka-sangka selepas hampir 10 tahun menceburkan diri dalam bidang seni.

"Saya mula dengan pertandingan Bintang Kecil dan waktu itu umur masih muda, jadi saya banyak menyertai program berkaitan dengan kanak-kanak.

Lagu Retak adalah single ketiga Aqeesh selepas kejayaan mengeluarkan dua buah lagu.

"Sebelum mendapat tawran ini, saya ada menyertai beberapa pertandingan tetapi nasib tidak menyebelahi tetapi rupa-rupanya ada rezeki lebih besar walaupun terpaksa menanti lama," katanya kepada mStar.

Lagu berkenaan dipilih sebagai OST Rindu Kasih lakonan Umi Nazeera, Izzue Islam dan Nafiz Muaz yang mula ditayangkan sejak 16 November lalu di slot Samarinda TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi OST ‘Melur Untuk Firdaus’ Tika Nasir sedar bukan senang nak popular, enggan dikenali kerana kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: Rahmad Mega muncul pemenang musim pertama Terpaling Juara, bawa pulang RM100,000

Selain lagu Retak, dia juga baharu melancarkan single kedua duet bersama Momo berjudul Kau Ada pada Mei lalu.

Bercakap lanjut tentang Retak, Aqeesh memberitahu proses rakaman lagu berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

Ia menjadi mudah kerana dia jatuh cinta saat pertama kali mendengar demo lagu genre balada berkenaan.

Berasa teruja kerana diberi peluang untuk menyanyikan lagu OST drama Rindu Kasih.

"Ini merupakan single pertama yang saya nyanyikan dengan genre begini dan sejujurnya saat pertama kali mendengar demo diberikan saya jatuh cinta dengannya," jelasnya.

Retak adalah ciptaan Arisz Ab Rahman dan Firdaus Rahmat dan muzik videonya turut dilancarkan di saluran YouTube Nova Music Videos pada 14 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain