suria

Siaran langsung Getaran Jiwa tetap ‘on’, produksi urus peserta dan juri pulang mengundi di semenanjung  

Nash dan Zarul antara yang terlibat dalam siaran langsung malam Jumaat.

SALURAN TV Sarawak (TVS) tidak mengabaikan tanggungjawab untuk membolehkan peserta, juri dan beberapa krew belakang tabir yang terlibat dalam program Getaran Jiwa menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengurus saluran TVS, Aizal Ibrahim, berkata, pihaknya telah menguruskan pengangkutan bagi peserta serta juri yang bukan kelahiran Sarawak untuk pulang pada awal pagi Sabtu selepas program berkenaan bersiaran langsung pada malam Jumaat di Stadium MBKS, Kuching.

"Bagi menjayakan program Getaran Jiwa kepada penonton di seluruh Malaysia malam ini, kami tidak lupa yang mengundi adalah satu hak dan tanggungjawab. Jadi koordinasi berkaitah hari mengundi sudah kami uruskan sejak awal.

"Ada sebahagian yang terbabit sudah mengundi secara pos serta akan pulang ke kawasan masing-masing seawal pagi esok untuk membuang undi," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

getaran jiwa 1

Peserta minggu ke-5 Getaran Jiwa.

Selain tiga peserta yang akan pulang mengundi, juri tetap iaitu Datuk Nash serta juri jemputan, Zarul Umbrella akan pulang ke semenanjung untuk melaksanakan kewajipan mengundi pada 19 November.

Sementara itu bercakap tentang program nyanyian yang sudah memasuki minggu kelima itu, kata Aizal kesemua mereka berjaya mempamerkan persembahan hebat setiap minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan ni bukan mainan” - Afiq Muiz beri peringatan, Da'i Syed anggap ia sekadar nasihat

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah awal cinta... Rupanya Najwa Latif mengurat suami, sabar dua bulan tunggu jawapan

"Diakui bahawa persaingan agak sengit setiap minggu. Ada saja kejutan kepada penonton melalui persembahan peserta setiap minggu. Kami menjangkakan hal yang sama daripada lapan lagi peserta pada konsert malam ini.

"Peserta yang menduduki dua tempat teratas akan layak untuk mara ke pusingan separuh akhir. Menerusi pilihan yang dibuat, maka lengkaplah 10 peserta yang kita cari untuk pusingan seterusnya," ujarnya.

Diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma, program lapan episod ini menampilkan lapan peserta berbeza untuk episod satu hingga lima.

getaran jiwa 3

Antara peserta minggu terdahulu.

Sebanyak 70 peratus markah persembahan akan dinilai oleh juri tetap bersama dua lagi juri jemputan setiap minggu.

Manakala baki 30 peratus pula berdasarkan undian juri yang secara atas talian menggunakan 'meter jiwa'.

Seramai 40 orang peserta berentap untuk layak ke peringkat seterusnya dan program ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM60,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain