suria

Kasih Iris Leona tetap jalan tanggungjawab biar jauh di perantauan, tapi tunjuk kertas undi buat netizen tak berkenan 

Leona berkongsi keterujaan mengundi kali pertama.

PERSONALITI media sosial, Kasih Iris Leona berkongsi rasa teruja apabila berpeluang mengundi buat kali pertama untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Meskipun berada jauh di United Kingdom kerana melanjutkan pelajaran di sana namun Leona, 20, tidak lupa menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Anak perempuan kepada aktor Azhar Sulaiman itu turut berkongsi keterujaan mengundi kali pertama yang dilakukan secara pos kepada pengikutnya.

Menerusi video yang dikongsi, Leona dilihat menari sambil memegang kertas undi di tangannya sehingga memaparkan beberapa logo parti bertanding.

Leona teruja mengundi kali pertama.

Bagaimanapun tindakan itu tidak disenangi netizen sehingga mengecam tindakan personaliti media sosial tersebut.

Dakwa mereka, Leona tidak sepatutnya mendedahkan undiannya yang sepatutnya dilakukan secara rahsia.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Vida terjerit-jerit sokong Ismail Sabri, netizen istighfar tengok aksi tayang dada

ARTIKEL BERKAITAN: “Pontianak pun pakai longgar-longgar” - Anak Azhar Sulaiman dikecam gara-gara seksi sakan sambut Halloween

"Benda ini jadi salah sebab masa dia tunjuk kertas undi, ada nombor siri kertas tersebut.

"Nampak sangat pertama kali mengundi. Kembalikan undi 21, macam ini timbulkan masalah.

"Bila budak baru naik 18 tahun nak mengundi... kertas undi itu rahsia," antara komen netizen.

Menerusi tinjauan dilakukan, video tersebut telah dipadam Leona tidak lama selepas ia dimuat naik ke laman sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain