suria

Serangan panik melampau punca Mia Sara masuk hospital, disahkan hidap anxiety 

Mia menjelaskan dia mengalami anxiety.

PELAKON Mia Sara mendedahkan punca dia dikejarkan ke hospital pada Selasa lalu bukan disebabkan keracunan makanan sebaliknya mengalami serangan panik melampau.

Mia atau Mia Sara Nasuha, 17, berkata, doktor turut mengesahkan dia mengalami masalah kebimbangan melampau atau anxiety tahap teruk.

"Bukan keracunan makanan tapi saya mengalami seangan panik yang teruk dan diagnos severe anxiety," katanya.

Mia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mia berkongsi mengenai perkara itu bagi menjawab pertanyaan pengikutnya di TikTok mengenai punca sebenar dia dimasukkan ke hospital.

Dalam pada itu, Mia memaklumkan dia mengalami masalah sakit dada dan sesak nafas selama tiga hari sebelum mengambi keputusan ke hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sesak nafas dan sakit dada, Mia Sara dikejarkan ke dua buah hospital

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Puteri Balqis mohon maaf kepada Mia Sara, akui tersinggung didakwa tiada didikan agama

Bagaimanapun, Mia menjelaskan keadaan dia semakin pulih dan sudah pun dibenarkan pulang ke rumah.

"Saya mengalami sesak nafas selama tiga hari berturut-turut tapi sekarang dalam keadaan stabil," katanya.

Pelakon itu turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan dirinya.

Terdahulu, pengurus yang juga bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Saleh memaklumkan Mia dikejarkan ke dua buah hospital selepas mengalami sesak nafas dan sakit dada.

Mia ditahan di hospital selama lapan jam bagi membolehkan doktor memantau keadaannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain