suria

Artis BBNU semangat keluar mengundi PRU15, seru anak muda tunai tanggungjawab demi negara 

Wani, Hariz dan Rose meletakkan harapan tersendiri dalam memilih pemimpin.

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung pada 19 November ini pastinya memberi satu pengalaman baharu buat pengundi muda apabila pertama kali berpeluang memilih calon pemimpin mereka.

Bagi penyanyi Wani Kayrie, 22, sebagai rakyat Malaysia dia meletakkan harapan tinggi agar pemimpin yang berjaya mendapat mandat rakyat terus memberi sokongan buat anak seni untuk mengembangkan bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

"Memang teruja nak mengundi kerana saya dapat memilih bakal pemimpin yang mana Insya Allah boleh mengubah Malaysia menjadi sebuah negara lebih baik.

Wani harap industri seni terus diberi perhatian.

Wani Kayrie berharap anak seni tidak dilupakan.

"Pastinya saya mahu melihat pentadbiran baru nanti dapat membawa negara ke arah pembangunan dalam setiap sudut. Lebih-lebih lagi untuk kami anak seni.

"Semoga mereka dapat memberi sokongan serta mewujudkan pembiayaan untuk kami bawa muzik Malaysia ke peringkat global," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah membesar dalam keluarga B40... Eizlan Yusof miliki 'hati tisu', faham kesusahan hidup rakyat

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau toreh darah pun tetap BN” - Azlee Senario gigih bantu kempen PRU15, seru rakyat keluar mengundi

Wani memberitahu dia akan membuang undi di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Pelakon Hariz Hamdan pula memberitahu gementar untuk mengundi kerana sebelum ini tidak pernah didedahkan dengan isu politik apatah lagi ini kali pertama akan keluar mengundi.

hariz hamdan 1

Hariz gementar mahu keluar mengundi.

Melihat kepada isu-isu ekonomi masyarakat selepas negara dilanda pandemik Covid-19, Hariz yang akan mengundi di Puncak Alam, Shah Alam berharap tampuk pimpinan baharu nanti dapat mencari jalan penyelesaian terbaik buat rakyat.

"Ramai golongan muda termasuk saya sendiri tiada pengetahuan meluas tentang politik. Jai sebelum keluar mengundi saya cuba ambil tahu supaya dapat melalui proses pilihan raya dengan betul.

"Seperti anak muda lain saya berharap kerajaan baru nanti dapat jadikan Malaysia lebih baik kerana masih ramai bergelut meneruskan kelangsungan hidup selepas pandemik," jelasnya.

sharifah rose 1

Rose seru golongan muda pilih pemimpin terbaik.

Sementara itu, pelakon Sharifah Rose, 24, pula memberitahu isu banjir di sekitar kawasan perumahannya di Shah Alam diharap dapat menjadi agenda utama bagi wakil yang menang nanti.

Rose turut menyeru golongan muda sepertinya untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab mengundi memandangkan ini kali pertama umur layak mengundi ditetapkan pada usia 18 tahun.

"Ini kali pertama saya mengundi dan perlu buat resarch sendiri tentang manifesto calon-calon menerusi kempen mereka sebelum keluar membuang undi nanti. Saya harap anak-anak muda dapat menjalankan tanggungjawab mereka.

"Bagi saya pemimpin menjadi pilihan kini pastinya mereka yang boleh memikat hati golongan muda. Saya sendiri mengharapkan seorang wakil yang boleh menyelesaikan masalah banjir di sekitar kawasan rumah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain