suria

“Yang penting boleh kerja untuk rakyat!” - Eizlan Yusof bidas pandangan artis tak layak jadi ahli parlimen

Eizlan akan menjalankan tugas yang diamanahkan.

PELAKON yang juga merupakan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi Parlimen Sabak Bernam iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof menjelaskan tiada beza antara kerjaya sebagai seorang artis dan wakil rakyat.

Eizlan atau Idris Md Yusof, 51, berkata setiap pekerjaan mempunyai tanggungjawab dan memegang gelaran wakil rakyat pula perlu menyelesaikan permasalahan dan isu membabitkan masyarakat.

"Apa bezanya kalau dia seorang doktor, peguam, guru, petani atau artis, bergelar YB (Yang Berhormat)? Paling penting, boleh bekerja untuk rakyat," katanya kepada mStar.

e1 - 1

Tiada beza antara kerjaya sebagai seorang artis dan wakil rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah membesar dalam keluarga B40... Eizlan Yusof miliki 'hati tisu', faham kesusahan hidup rakyat

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham, Eizlan tak janji 'bulan dan bintang', Jurey mahu wujudkan floating market di Lenggong jika menang PRU15

Dalam pada itu, Eizlan menyedari pembabitannya dalam bidang politik ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Ini selepas dia menerima beberapa komen dan pandangan daripada masyarakat yang memandang rendah kebolehan golongan selebriti untuk menjadi seorang wakil rakyat.

"Apa bezanya kalau dia seorang doktor, peguam, guru, petani atau artis, bergelar YB?"

EIZLAN YUSOF

PELAKON

"Saya tahu, sehingga sekarang ada pihak mempertikaikan rakan-rakan artis yang bertanding dalam PRU15, kononnya artis tak layak jadi ahli parlimen.

"Ada ketika kita kena buat sesuatu yang lebih besar untuk kebaikan semua orang. Saya jadi pelakon sebab itu minat saya tapi saya juga orang bekerja. Apabila diberi tanggungjawab, saya jalankan tugas seperti diamanahkan," ujarnya.

e2 - 1

Eizlan turun padang melawat kawasan banjir.

Sebelum itu, Eizlan yang juga Penolong Pesuruhjaya Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkesempatan membuat kunjungan hormat ke Pejabat Daerah APM, Sabak Bernam.

Dia mengambil kesempatan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di Dewan Bagan Nakhoda Omar, susulan kejadian banjir yang melanda di beberapa kawasan di Sungai Air Tawar, baru-baru ini.

Untuk rekod, Parlimen Sabak Bernam bakal menyaksikan Eizlan bertembung dengan tiga lagi calon iaitu Shamsul Maarif Ismail (Parti Amanah Negara), Datuk Abd Rahman Bakri (Barisan Nasional) dan Kalam Salan (Perikatan Nasional).

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada Sabtu, 19 November.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain