PENYANYI dan komposer Yonnyboii rasa seperti tidak percaya sudah setahun sejak dia bergelar suami kepada Nik Nazira Narriman. Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, berkata, dia merasakan seperti baharu semalam melangsungkan perkahwinan dan menyifatkan isteri pembawa sinar dalam kehidupannya. "Selama hari ulang tahun perkahwinan sayangku. Sudah setahun kita bernikah, rasanya seperti baharu berkahwin semalam. "Awak adalah insan pertama yang membuatkan saya rasa apa yang tidak pernah saya rasai. Awak adalah sinar dan harapan yang menyinari hidup saya," katanya. Yonny tidak percaya sudah setahun mendirikan rumah tangga. Yonny berkongsi perkara itu di Instagram bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama pada 20 November. Dalam pada itu, Nik Nazira, 23, pula menerusi Instagram turut memberikan ucapan manis buat suami tersayang dan sebagai isteri dia berasa beruntung dapat bersuamikan Yonny. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen doa isteri Yonnyboii dapat hidayah kembali bertudung, Nik Nazira akui masih belajar ARTIKEL BERKAITAN: Tergores hati baca komen netizen isu tudung, Yonnyboii hairan pasangan bercinta disanjung tapi suami isteri pula dihina Kata Nik Nazira, sebagai isteri dia berasa beruntung disayangi oleh Yonny sebagai suami. "365 hari menjadi isteri awak merupakan satu perjalanan yang sagat mengagumkan. Awak adalah sinar dan harapan yang menyinari hidup saya. YONNYBOII PENYANYI & KOMPOSER "Saya tidak pernah terfikir betapa bertuahnya saya disayangi oleh suami seperti awak," katanya. Malah, Nazira berkata dia hanya mahu disayangi dan dilindungi serta tidak sabar untuk hidup bahagia bersama selamanya. "Apa yang saya mahu hanyalah disayangi dan dilindungi seperti yang awak lakukan untuk saya sekarang. Pasangan ini bernikah pada November tahun lalu. "Suamiku, saya tidak sabar menunggu untuk terus bersama selamanya. Selamat hari ulang tahun perkahwinan cintaku," kongsinya. Sementara itu, Nazira sempat mempromosikan single duet pertama mereka yang berjudul Bag. Untuk rekod, Yonnyboii mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazira pada 20 November 2021 selepas mengikat tali pertunangan selama sebulan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI