suria

Shuib jarang muncul di TV bukan sebab ‘demand’ tapi cari keseronokan ketika bekerja

Shuib memilih tawaran kerja yang membuatkan dirinya gembira.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia bersikap demand disebabkan jarang muncul dalam mana-mana program televisyen atau projek lakonan.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, memberitahu selepas lebih 10 tahun terlibat dalam industri hiburan, dia lebih mengutamakan keseronokan bekerja berbanding sikap tamak membolot semua tawaran diberikan kepadanya.

“Saya tidak rasa ada isu demand. Dalam usia sekarang ini saya lebih mencari keseronokan bekerja untuk hiburkan diri sendiri. Kalau dapat tawaran kerja melibatkan kawan-kawan, memang saya suka.

shuib 3

Shuib bersama rakan penyampai Suria, Ajak dan Suraya.

“Kalau payment besar sekalipun tetapi tidak happy nak buat apa? Boleh sahaja saya terima tawaran kerja tanpa bayaran asalkan tak stress. Sekarang ini kena fikirkan diri sendiri,” katanya kepada mStar.

Tambah Shuib, kemunculannya sebagai penyampai segmen Morning Morning Suria sejak September lalu juga sebagai tanda kembali aktif selepas setahun berehat dari aktiviti seni kerana pemergian isterinya Allahyarham Siti Sarah pada Ogos 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau dia jodoh saya, apa salahnya” - Shuib akhirnya mengaku berkawan rapat dengan usahawan, mohon doa peminat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berbaju sedondon ke konsert, Shuib jawab spekulasi hubungan dengan usahawan jelita... “Netizen lebih dahsyat daripada penyiasat”

Mengharapkan sokongan peminat, kata Shuib ia juga menjadi pembakar semangat untuk dia melupakan kesedihan.

“Saya mahu kembali mengisi masa yang ada dan mengharapkan sokongan semua apabila kembali aktif dalam industri.

Saya mahu kembali mengisi masa yang ada dan mengharapkan sokongan semua apabila kembali aktif dalam industri.

SHUIB

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

“Menghiburkan peminat bagaikan sudah menjadi darah daging. Saya mahu rasa happy dan boleh buat saya untuk move on. Sokongan peminat boleh memberi saya semangat,” ujarnya.

Sementara itu Shuib juga akur akan kehadiran barisan pelawak baharu yang memeriahkan industri seni tempatan selain boleh memberi satu persaingan sihat antara mereka.

shuib 1

Shuib juga mula aktif terlibat dalam program televisyen.

Yakin telah membina nama kukuh sebagai seorang anak seni, Shuib menyerahkan sepenuhnya kepada peminat untuk terus menerima kehadirannya dalam industri.

“Kalau dahulu saya bekerja untuk membina nama Shuib, sekarang ini tonjolkan apa yang ada dalam diri sendiri. Saya tidak boleh nak jadi orang lain kerana inilah Shuib.

“Terpulang kepada orang ramai untuk terima kehadiran saya. Namun apa sahaja tawaran, saya akan lakukan yang terbaik,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain