PENYANYI Shila Amzah menjelaskan ketiadaan ibu bapanya memberi sokongan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sepanjang dia berentap dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) disebabkan mereka sibuk dengan urusan lain. Shila atau NurShahila Amir Amzah, 32, berkata, bapanya, Datuk ND Lala kebiasaannya akan sibuk terutamanya pada hujung minggu dan tidak dapat hadir memberi sokongan kepadanya. "Ayah saya memang sering sibuk terutamanya pada waktu hujung minggu tapi saya sangat gembira dengan kehadiran keluarga di GV9 minggu ini," katanya kepada mStar. Shila gembira melihat bapanya hadir ke GV9. Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas pertandingan peringkat separuh akhir GV9 selesai pada malam Ahad. Terdahulu kelibat ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 61 dan isteri, Datin Fauziah Sarman menjadi tumpuan apabila dilihat hadir menyaksikan pertandingan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Hadir beri sokongan pada Shila Amzah di GV9, ND Lala dan isteri lenyapkan spekulasi rumah tangga bermasalah ARTIKEL BERKAITAN: Lincah atas pentas sampai baju nampak lengan, Shila Amzah lebih hati-hati selepas dikecam netizen Wajah kedua-dua mereka yang kelihatan gembira sering dirakam kamera memandangkan pasangan itu duduk di bahagian belakang juri. Dalam pada itu, Shila memberitahu bapanya memang sudah berjanji untuk hadir memberi sokongan sekiranya dia berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan final minggu hadapan. Saya sangat gembira dengan kehadiran keluarga di GV9 minggu ini. SHILA AMZAH PENYANYI Kehadiran ibu bapanya adalah sebagai mengotakan janji yang dibuat kepadanya sebelum ini. "Mereka memang sudah berjanji akan datang sekiranya saya layak ke peringkat separuh akhir dan final. Insya Allah final nanti mereka juga akan datang," katanya. Shila bakal berentap bersama lima lagi peserta GV9 di peringkat akhir. Terdahulu, kemunculan ND Lala dan Fauziah turut melenyapkan spekulasi bahawa rumah tangga penyanyi era 80-an itu yang sebelum ini dikatakan dilanda badai. Sebelum ini Shila pernah menafikan ibu bapanya sudah berpisah namun mengakui perkahwinan pasangan itu diuji selepas 33 tahun mendirikan rumah tangga. Pada peringkat separuh akhir itu, Shila menyampaikan lagu Sang Dewi nyanyian asal Titi DJ dan lagu duet bersama Jaclyn Victor, Sampai Bila (Misha Omar). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI