PENYANYI Usop kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi Jumaat. Menerusi laman Instagram, Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki itu. Teha mendukung cahaya sulung mereka, Saif Umar. Dalam perkongsiannya itu, Usop turut memberikan nama Muhamad Saif Umar kepada anak sulung mereka itu. "Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sering ingatkan tentang menutup aurat, Usop syukur isteri akhirnya bertudung tapi bimbang hatinya diuji ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki selepas kahwin, akhirnya Usop mampu beli kereta mewah jenama Mercedes-Benz... Rancang mahu miliki rumah sendiri pula Bersama kapsyen tersebut, Usop turut memuat naik foto isterinya sedang mendukung bayi lelaki mereka. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Saif Umar menjadi anak yang soleh. Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop. USOP PENYANYI "Alhamdulillah, tahniah Usop dan Teha. Moga Saif Umar menjadi anak yang soleh. "Tahniah Usop dan Teha. Selamat berpantang Teha. Semoga bayi membesar dengan sihat," tulis netizen. Usop dan isteri bernikah pada Februari lalu. Terdahulu, Fatihah atau Teha memuat naik video di aplikasi TikTok memohon maaf kepada suaminya ketika menunggu masa kelahiran. Untuk rekod, Usop dan Fatihah bernikah di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang pada 4 Februari 2022. Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga Usop berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya sudah berbadan dua. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI