PELAKON Nabila Huda terkejut apabila mendapat perkhabaran sahabat baiknya iaitu Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru. Tergamam mendengar berita itu, Nabila, 38, berkata ini merupakan kali pertama dia melihat sahabatnya itu terbaring di atas katil di unit rawatan rapi (ICU). Nabila sempat melawat Nad di hospital pada Rabu lalu. "Saya tidak pernah berada dalam situasi di mana sahabat baik saya terpaksa ditempatkan di ICU. "Sudah tentu sebagai salah seorang kawan rapat Nad, saya terkejut melihat keadaannya ketika itu," katanya kepada mStar. Nabila berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal perlukan doa orang ramai... Ungku Ismail kongsi perkembangan terkini di ICU ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal mula tunjuk perkembangan positif, ibu maklumkan perlu jalani rawatan buah pinggang Dalam pada itu, Nabila berkata dia dan rakan-rakan artis yang lain termasuk Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Nadiah Aqilah sempat memberikan kata-kata semangat ketika melawat Nad di hospital pada Rabu lalu. "Kami semua hanya berikan kata-kata semangat buat Nad, pada ketika itu paras oksigen Nad memang rendah. "Saya berkata kepadanya... You can do this Nanad (nama panggilan Nad), keep on breathing... sebelum kami balik tahap oksigennya meningkat sehingga paras 92. Saya tidak pernah berada dalam situasi di mana sahabat baik saya terpaksa ditempatkan di ICU. NABILA HUDA PELAKON "Apa yang bagusnya dalam industri ini, kita bermusuh macam mana sekali pun, tapi kalau berkenaan dengan sakit, pasti semuanya akan mendoakan yang baik-baik. "Ramai rakan selebriti yang mendoakan Nad. Lagi pun, Nad tak pernah ada masalah dengan orang. Nad memang orang yang baik dan mungkin kerana itu ramai yang mendoakannya," ujarnya. Nabila merupakan salah seorang sahabat baik Nad Zainal. Pada Selasa lalu, Nad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah. Bagaimanapun, keadaan kesihatan pelakon itu dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif dan perlu menjalani rawatan buah pinggang disebabkan organ berkenaan sedikit terjejas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI