suria

[V] Sedih bertukar lucu... Azal terkentut ketika penggambaran bersama Zarina Zainuddin, alasannya ada 'oksigen dan bakteria'

Zarina tergelak melihat gelagat anak sendiri.

PERASAAN sayu bertukar lucu apabila anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai terkentut sewaktu mereka sedang menjalani penggambaran.

Ketika kejadian, Zarina, 51, sedang duduk di atas pangkin bersama Azal sambil mengalirkan air mata mengenangkan nasib anaknya itu sekiranya dia ditakdirkan meninggal dunia.

"Kalau suatu hari nanti ibu dah tak ada dalam dunia ini lagi, ibu dah meninggal dunia, macam mana Azal?," katanya dalam temu bual berkenaan.

Bagaimanapun, situasi sedih tersebut bertukar lucu apabila Zarina menyedari anaknya terkentut dan mengeluarkan bunyi yang kuat.

azal1 - 1

Perbualan sedih ibu dan anak ini bertukar menjadi momen lucu.

"Azal kentut ke? Kita tengah shooting, awak kentut pula," katanya.

Zarina berkongsi video sedutan temu bual berkenaan di Instagram miliknya pada Jumaat selepas ia dimuat naik pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: "Inilah anak yang mengheret ibu bapanya ke syurga" - Netizen tersentuh tengok Azal baca Al-Fatihah hilang gementar main flying fox, puji didikan Zarina Zainuddin

ARTIKEL BERKAITAN: Autisme tak halang Azal pegang watak hero, lakonan dalam 'Kasih Dari Syurga' dapat pujian penonton

Azal secara spontan memberitahu terdapat oksigen dan bakteria di dalam perut yang menyebabkan dia terkentut.

"Kentut! Ada oksigen dan bakteria!," katanya selamba.

Azal kentut ke? Kita tengah shooting, awak kentut pula.

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

Azal sebelum itu, tekun mendengar luahan hati ibunya selain memberitahu dia sangat sayangkan Azil namun tidak tahan abang kembarnya itu suka mengamuk.

Dalam pada itu, Zarina sendiri tergelak melihat gelagat anak kesayangannya itu selepas menonton video tersebut yang dimuat naik Shahrulezad.

"Saya pun tergelak sendiri tengok video Azal. Dia boleh selamba 'land' jer... masa shooting tu saya tengah serius bercakap dekat Azal," katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen terhibur melihat ragam dua beranak ini dan sentiasa men

azal2 - 1

Zarina sering memikirkan nasib anaknya jika dia sudah tiada.

Ramai mengakui pada awanlnya sedih dan mengalirkan air mata mendengar Zarina bercerita tentang anak-anaknya namun tergelak besar apabila Azal terkentut.

"Aku ni baru nak bersedih. Azal pula kacau dengan kentut dia. Tak jadilah aku sedih.

"Baru nak keluar air mata, termasuk balik air mata ni, terus ketawa," komen netizen.

Sebelum ini, Azal diberi kepercayaan memegang watak hero menerusi telefilem Kasih Dari Syurga yang bersiaran di TV2 bersama ibunya sehingga mendapat pujian penonton.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain