suria

Sikap pemaaf dan sabar buat Afdlin Shauki kagum, air mata tumpah saat Anwar Ibrahim diumumkan PM ke-10

Afdlin terharu mengenangkan perjuangan Anwar Ibrahim.

PELAKON dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis.

Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 51, berkata, tangisannya itu bukan untuk diri sendiri tetapi mengenangkan perjuangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut selama lebih 20 tahun sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Alhamdulillah bila ada kawan-kawan telefon beritahu Pakatan Harapan sudah berjaya saya terus menitiskan air mata.

afdlin1 - 1

Afdlin berkongsi kegembiraan selepas Anwar diumumkan sebagai Perdana Menteri.

"Air mata itu bukan untuk saya tetapi untuk Anwar sendiri yang berjuang selama bertahun-tahun... keluar masuk penjara dan pada akhirnya beliau dapat juga menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri," katanya kepada mStar.

Afdlin berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak masuk industri guna 'cable'? Afdlin Shauki kata nilai dulu kualiti lakonan... "Bapa dia pun bukan semua orang suka"

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian rakyat Malaysia berakhir... Anwar Ibrahim PM kita!

Dalam pada itu, Afdlin memberitahu dia terharu melihat sendiri kerja keras dan perjuangan Anwar terutamanya ketika turun berkempen.

Kata Afdlin, kemenangan ini memberi makna besar buat dirinya dan juga masyarakat Malaysia..

Alhamdulillah bila ada kawan-kawan telefon cakap Pakatan Harapan dah berjaya. Saya terus menitiskan air mata.

AFDLIN SHAUKI

PELAKON

"Kita nampak beliau bekerja keras semasa berkempen. Jadi saya terharu dan gembira bagi pihaknya dan juga untuk rakyat Malaysia," ujarnya

Sementara itu, sikap sabar dan pemaaf Anwar membuatkan pelakon dan pengarah tersebut begitu mengagumi ahli politik berkenaan.

afdlin2 - 1

Afdlin terharu melihat sendiri kerja keras dan perjuangan Anuar selama ini.

Kata Afdlin, tiada individu yang mudah memaafkan orang yang pernah mengkhianatinya dan Anwar memperlihatkan dirinya bukan seorang pendendam.

"Beliau memiliki tahap kesabaran luar biasa selain kaya dengan sikap pemaaf. Mana ada individu yang mudah memaafkan orang yang masukkan dia ke dalam penjara?

"Tapi Anwar bukan begitu. Akhlak beliau membuatkan kita rasa kagum. Itulah dia Anwar Ibrahim," katanya yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain