PENYANYI dan pengacara Hunny Madu lega apabila pembedahan fontan anak lelakinya, Adam Musa berjalan lancar pada Selasa lalu. Hunny atau Hani Farhana Mohd Hatim, 38, berkata, Adam berada dalam keadaan stabil selepas tiga hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN). "Adam sudah stabil tetapi semalam masih demam. Sistem imum tubuhnya perlu 'bekerja' lebih dan kini berada dalam mood tidak berapa baik. Hunny berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Hunny bersama suami dan anak-anak. Ini adalah pembedahan ketiga susulan masalah jantung yang dihadapi Adam sejak dia dilahirkan. Hunny turut memaklumkan Adam sudah dipindahkan ke High Dependency Unit (HDU) selepas tiga hari dipantau di ICU. ARTIKEL BERKAITAN: Hunny Madu dedah wajah dan nama anak ketiga selepas usia 7 hari, suami takut-takut nak mandikan bayi ARTIKEL BERKAITAN: Hunny Madu minta satu... doakan pembedahan jantung anaknya Dalam pada itu, Hani dalam hantaran berbeza memuji keberanian anaknya yang berusia lima tahun itu dan menganggap perjalanannya bukan perkara mudah. Penyanyi itu memberitahu, sebagai seorang ibu hatinya luluh apabila melihat parut pembedahan pada bahagian dadanya anaknya selain bibirnya menjadi bengkak. "Adam seorang kanak-kanak yang berani. Saya perlu memberi kredit kepada keberaniannya itu sebanyak 1,000 kali setiap hari. Perjalanan ini tidak mudah. Sistem imum tubuhnya perlu 'bekerja' lebih dan kini berada dalam mood tidak berapa baik. HUNNY MADU PENYANYI "Bibirnya juga bengkak kerana dia menggigit bibirnya. Melihat keadaan parut di dadanya juga membuatkan air mata saya mengalir," ujarnya. Tambah Hunny, bukan mudah bagi mana-mana ibu bapa untuk melihat keadaan anak mereka yang terlantar sakit apatah lagi ditempatkan di wad ICU. Pun begitu, penyanyi itu lega apabila diberitahu keadaan Adam semakin stabil dan menyifatkan berita itu seolah-olah satu beban sudah hilang daripada bahunya. Hunny lega melihat anaknya kini semakin stabil. "Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya boleh tersenyum. Saya merasakan separuh daripada beban saya sudah hilang kerana tiga hari lepas saya banyak menangis melihat Adam berada di ICU. "Terima kasih untuk semua yang mendoakan Adam. Terima kasih juga kepada mereka yang menghantar DM (mesej peribadi) memberikan ucapan manis buat anak saya," katanya. Adam sebelum ini disahkan menghidap penyakit jantung kompleks dipanggil Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan pada Disember 2017. Ketika berusia tujuh bulan, Adam dimasukkan ke IJN bagi menjalani pembedahan Stent PDA buat kali kedua. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI