suria

Buah pinggang merosot akibat ubat kurus tak benar, vital organ Nad Zainal tidak terjejas

Khabar angin mengatakan buah pinggang Nad rosak tidak benar.

PENGARAH drama shahrulezad menyangkal khabar angin mendakwa buah pinggang pelakon Nad Zainal yang dilaporkan merosot adalah disebabkan pengambilan ubat kurus.

Kata Shahrulezad, perkara itu tiada kena mengena dengan keadaan pelakon itu malah vital organ terutamanya buah pinggang Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dalam keadaan baik.

"Apa yang membuatkan abam lega ialah vital organ Nad juga dalam keadaan baik terutama buah pinggang beliau.

"Khabar angin mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus adalah tidak benar sama sekali.

Nad 3

Pelakon Ungku Ismail (kiri) dan pengarah Shahrulezad sering mengemas kini perkembangan terbaharu Nad.

"Masalah Nad sekarang adalah paru-paru dia yang masih dalam proses penyembuhan," katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu selepas menerima perkembangan terkini daripada pelakon Ungku Ismail.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal mula tunjuk perkembangan positif, ibu maklumkan perlu jalani rawatan buah pinggang

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda terkejut tengok keadaan Nad Zainal di ICU, pertama kali lihat sahabat baik sakit teruk

Berkongsi keadaan terkini pelakon drama Cina Buta itu, Shahrulezad memaklumkan keadaan Nad smakin baik meskipun paru-parunya masih belum pulih sepenuhnya.

Disebabkan itu, Nad akan terus menggunakan intubate sementara paru-parunya menjadi lebih kuat dan stabil.

"Alhamdulillah keadaan Nad hari ini lebih baik dari semalam tapi doktor masih mahu Nad di intubate selagi paru-paru masih belum betul-betul kuat.

"Kadar kebergantungan Nad pada mesin oksigen juga sudah semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor extubate. Abam rasa tidak lama lagi. Insya Allah," katanya.

Nad 2

Nad menunjukkan perkembangan positif.

Dalam pada itu, Shahrulezad memohon agar peminat terus mendoakan kesihatan sahabarnya itu.

"Apa yang Nad perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman untuk dia terus berjuang kembali sihat. Selain itu Nad juga perlukan doa dari korang semua.

"Abam percaya Nad akan kembali sihat semula seperti sedia kala. Apa yang dimohon adalah doa berterusan," kongsinya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dipercayai mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain