suria

Seminggu mata Anna Aljuffrey bengkak, terpaksa kena bedah gara-gara guna berus solekan tak dicuci

Keadaan kelopak mata Anna yang bengkak (kanan) sebelum pembedahan.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Anna Aljuffrey terpaksa menjalani pembedahan kecil selepas mata kanannya bengkak akibat jangkitan kuman.

Anna atau Sharifah Nur Farhana Syed Talib, 31, berkata, punca matanya bengkak disebabkan tidak mengambil berat soal kebersihan apabila tidak mencuci berus solekan yang dipakai sebelum ini.

"Saya memang jarang bersolek tetapi ada satu hari itu kena pergi sebuah acara dan bersiap sendiri di saat akhir. Disebabkan nak cepat saya tak perasan berus belum dibasuh dan daripada situlah punca mata mula membengkak.

"Apabila buat pemeriksaan doktor pakar, ada jangkitan kuman pada kelopak mata dan mencadangkan agar membuat pembedahan kecil.

anna j 2

Anna kini dalam tempoh rehat selepas pembedahan mata.

"Saya terus bersetuju sebab dah tak dapat tahan sakit akibat bengkak," katanya kepada mStar.

Anna menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan di Bandar Baru Bangi, Selangor pada Sabtu dan kini sedang dalam proses pemulihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima banyak DM luah masalah hubungan, Anna Aljuffrey anggap dapat kepercayaan pendengar

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pendengar setia Suria Cinta, Anna Aljuffrey tak sangka dapat jadi deejay Suria FM

Terdahulu, Anna turut berkongsi foto bahagian mata kanannya yang mula membengkak sejak Ahad lalu.

Bercerita pengalaman pertama kali menjalani pembedahan, Anna memberitahu doktor terpaksa menghentikan prosedur ekoran dia tidak dapat mengawal kesakitan.

"Badan saya menggigil tahan sakit sehinggakan doktor terpaksa menghentikan seketika prosedur berkenaan. Mujur doktor sangat baik.

Buat semua kaum wanita, pastikan peralatan solek anda sentiasa bersih.

ANNA ALJUFFREY

PENYAMPAI RADIO

"Syukur semuanya selamat dan sekarang saya sedang berehat di rumah," jelasnya.

Tambah Anna, kejadian itu dianggap sebagai satu hikmah kerana dapat berehat seketika memandangkan dia sentiasa sibuk dengan kerja.

Sementara itu, Anna turut menasihati kaum wanita agar sentiasa menjaga kebersihan alat solek yang digunakan supaya tidak berlaku kejadian menimpa dirinya.

"Buat semua kaum wanita, pastikan peralatan solek anda seperti berus sentiasa bersih. Janganlah jadi macam saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain