suria

Avaa Vanja tak tutup pintu hati, ingat pesanan Mufti Menk jangan tolak jodoh

Avaa terbuka menerima kehadiran semula lelaki dalam hidupnya.

KEGAGALAN mempertahankan perkahwinan yang dibina sebelum ini tidak membuatkan pelakon Avaa Vanja serik untuk kembali berumah tangga.

Sebaliknya kata Avaa atau Avaa Vanja Mohamad Ramli, 42, dia sentiasa berpegang jodoh itu adalah ketentuan ditetapkan Allah dan menjadi resam hidup manusia mahu berpasangan.

"Saya baru sahaja mendengar ceramah daripada Mufti Menk... katanya kita boleh berkahwin banyak kali kerana itu adalah jodoh.

"Sebab itu saya tak pernah tutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki lain sebagai teman hidup.

avaa 3

Avaa bersama anaknya Maleena.

"Kita tak sepatutnya meletakkan rasa benci dalam hati... kalau hati keras, maknanya kita berkeras dengan Allah," katanya kepada mStar.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga melihat kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga sebelum ini sebagai satu pengalaman untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Avaa Vanja bercerai talak satu, harap bekas suami tak bermasam muka demi anak

ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian Mizz Nina di media sosial buka hati dalami Islam, Avaa Vanja kini tampil berhijab

Tidak pernah memandang soal harta atau paras rupa, Avaa sebaliknya berharap dipertemukan dengan seorang lelaki budiman dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik agar dapat membimbing dirinya dekat kepada Allah.

"Apa yang terjadi sebelum ini adalah kisah lama dan ia menjadi satu pengalaman dalam hidup saya. Saya tidak boleh nak menafikan jika kembali bertemu jodoh selepas ini.

Kita tidak sepatutnya meletakkan rasa benci dalam hati. Kalau hati keras, maknanya kita berkeras dengan Allah.

AVAA VANJA

PELAKON

"Kalau ada yang mahu dekat, apa salahnya. Kali ini saya mencari seorang yang mengikut sunnah Rasulullah dan ajaran Islam dengan baik," katanya.

Avaa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aamil Sulaiman pada 2011 dan pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 7 Februari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleena yang kini berusia 10 tahun.

avaa 1

Avaa dan Aamil bercerai selepas 10 tahun berkahwin.

Bercakap tentang anak mereka, Avaa memberitahu dia diberikan hak penjagaan sepenuhnya sejak dua bulan lalu dan bekas suami hanya mendapat hak lawatan.

"Memang dia boleh berjumpa anak, namun itu terpulang kepada Maleena. Sekarang anak pun tak nak jumpa dia. Lagipun bekas suami diberikan perintah sekatan supaya tidak boleh mendatangkan apa-apa gangguan terhadap kami.

"Segala isu perceraian di mahkamah syariah sudah selesai. Sekarang ini yang masih berjalan adalah kes mahkamah sivil di mana dakwaan dia memukul saya," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain