suria

Suria FM bakal ‘on air’ di atas kapal persiaran, cipta rekod The Malaysia Book of Records

Suria FM bakal bersiaran sambil berlayar selama empat hari tiga malam.

BERSEMPENA ulang tahun ke-15 Suria FM, pihak pengurusan stesen radio berkenaan membuat kelainan apabila bakal berlayar selama empat hari tiga malam di atas kapal persiaran Genting Dream pada 9 Januari 2023.

Suria yang bekerjasama dengan Resorts World Cruises ini turut membawa misi bagi mencatat sejarah dalam The Malaysia Book of Records apabila bakal menjadi stesen radio pertama bersiaran di atas kapal.

Pengurus Besar Suria, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata, sambutan ulang tahun tersebut sangat bermakna apatah lagi kini Suria FM berada di kedudukan top 3 stesen radio paling popular di Malaysia.

Suria FM sambut ulang tahun ke-15 atas kapal persiaran mewah.

Tidak hanya itu, Suria FM juga mencatatkan pertambahan jumlah pendengar iaitu 3.5 juta setiap minggu.

"24 November, genap 15 tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air dan 2022 merupakan tahun luar biasa dari segi pencapaian rating. Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media.

"Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan ulang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah Genting Dream," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu-satunya radio bahasa Melayu catat peningkatan pendengar, Suria FM naik ranking nombor 3... DJ Lin ucap terima kasih atas sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: Terjah konti ‘Morning Morning Suria’! Gandingan Shuib, Ajak dan Suraya cukup serasi... Patutlah jadi pilihan pendengar

Perkara itu dikongsikan oleh DJ Lin ketika di temui di sidang media ulang tahun Suria FM ke-15 di Genting Dream, Port Klang pada Isnin.

Lebih menarik lagi, Suria FM juga akan membawa lima pendengar bertuah untuk merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran mewah itu nanti.

"Pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan bersama seperti sukaneka, rock climbing, mini golf, aktiviti air, karaoke, persembahan istimewa dari barisan artis popular seperti Siti Nordiana, Andi Bernadee, Amir Masdi dan ramai lagi," katanya lagi.

Suria FM mencatatkan pertambahan jumlah pendengar iaitu 3.5 juta setiap minggu.

Sementara itu, Presiden Resorts World Cruises, Michael Goh berkata pihak sangat berbesar hati berpeluang menjadi sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-15 Suria FM.

"Kami teruja dapat belayar bersama krew Suria FM dan rakan media pada Januari 2023 nanti. Sambutan dan kerjasama ini sangat bertepatan, memandangkan laluan pelayaran kapal persiaran mewah Genting Dream kini telah berlepas dari Pelabuhan Klang Ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket," kongsinya.

Dalam pada itu, Suria FM juga akan mengadakan majlis 'Inilah Suria' bertempat di Hotel Sheraton, Petaling Jaya sebagai tanda penghargaan buat semua penaja dan rakan media yang menyokong Suria FM dari dulu sehingga kini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain