USAHA penyanyi Faizal Tahir membawa seorang jejaka memeluk agama Islam mendapat pujian ramai. Detik bermakna itu dikongsi sendiri oleh Faizal, 44, di mana dia dilhat mengajar pemuda berkenaan melafazkan kalimah Syahadah sebagai syarat menjadi seorang Muslim. Menerusi ruangan komen dalam video yang dimuat naik, rata-rata meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan salah satu kerja amal dilakukan oleh Faizal. Faizal berkongsi detik seorang lelaki memeluk Islam. “Alhamdulillah, seronok tengok usaha sahabat. “Tahniah Faizal. Bangga dengan kamu. Semoga Allah merahmati kamu dan keluarga. “Tak boleh bayangkan bagaimana perasaan Faizal, semoga menjadi asbab masuk syurga,” komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Giliran Faizal Tahir bimbing mat salih ucap syahadah, ramai meremang tengok momen indah - “Saya tak fikir panjang, tinggalkan semua kerja” ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman ubah hidup Faizal Tahir, lebih bersemangat dalami al-Quran... Sudah cuba hubungi beberapa kali tapi tidak berjaya Dalam video tersebut juga, pemuda berkenaan mengakui dia memeluk Islam secara rela tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak. Sementara itu Faizal pula kelihatan tersenyum melihat lelaki itu memilih jalan baharu dalam hidupnya untuk mengamalkan ajaran Islam. Usaha Faizal mendapat pujian ramai. Pada ruangan kapsyen, Faizal turut menulis sepotongan ayat suci alQuran dari surah An-Nasr yang menceritakan tentang pertolongan Allah. “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai. “Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” - (surah An-Nars). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI