suria

Tabung Kecemasan Nad Zainal dilancarkan, bantu keluarga tampung kos rawatan hospital

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan menerusi Tabung Kecemasan Nad Zainal.

PRIHATIN dengan keadaan kesihatan Nad Zainal yang masih dirawat di hospital, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan pelakon berkenaan.

Pengarah yang juga merupakan sahabatnya, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan tabung tersebut adalah diwujudkan bagi kegunaan rawatannya di hospital pakar selain meringankan beban keluarganya.

"Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya.

nadd1 - 1

Nad masih lagi menerima rawatan di hospital.

"Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bantu bersama," katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Kata Shahrulezad, individu yang menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) boleh menghantar emel resit kepada [email protected].

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal semakin stabil, nampak petanda positif... "Doktor tak mahu tergesa-gesa sedarkan dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha anjur majlis solat hajat buat Nad Zainal, terharu kehadiran ramai rakan artis dan peminat

Dalam pada itu, pengarah popular ini turut memohon agar peminat Nad tidak lupa untuk menitipkan doa dan berkongsi info tentang perkara ini supaya lebih ramai dapat membantu pelakon wanita berkenaan.

"Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post ini agar lebih ramai dapat turut membantu," ujarnya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain