suria

Fasha Sandha anjur majlis solat hajat buat Nad Zainal, terharu kehadiran ramai rakan artis dan peminat 

Fasha bersyukur ramai yang mendoakan kesembuhan Nad Zainal.

KENANGAN tujuh bulan bersama di set penggambaran drama bersiri Dendam Seorang Isteri membuatkan aktres Fasha Sandha cukup terkesan dengan berita Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan dalam paru-paru sejak minggu lalu.

Disebabkan itu, Fasha atau Nur Fasha Sandha, 38, bersama pasukan produksi drama bersiri tersebut iaitu Radius One Sdn Bhd mengambil inisiatif menganjurkan majlis doa selamat dan solat hajat buat Nad yang masih dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri agar urusan pelakon itu dipermudahkan dan kembali sihat.

"Syukur Alhamdulillah, majlis solat hajat berjalan dengan baik malah ramai yang turut mendoakan buat Farah Nadia (Nad Zainal).

nad1 - 1

Sekitar majlis solat hajat yang dianjurkan.

"Kami di team produksi Dendam Seorang Isteri sudah bekerjasama hampir tujuh bulan dan dah macam keluarga sendiri. Ini mungkin perkara terbaik yang boleh saya lakukan untuk Nad," katanya ketika dihubungi mStar.

Majlis berkenaan diadakan di Masjid Al-Mustaqim, Ampang yang turut dihadiri oleh rakan selebriti seperti Wan Raja, Anne Abdullah, Liza Abdullah, Kuna, Ainina Ahmad B serta kenalan rapat dan peminat pelakon tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal semakin stabil, nampak petanda positif... "Doktor tak mahu tergesa-gesa sedarkan dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Buah pinggang merosot akibat ubat kurus tak benar, vital organ Nad Zainal tidak terjejas

"Alhamdulillah ramai mendoakan Nad sebab ramai sayangkan dia. Dia seorang pelakon yang baik, menghormati orang dan pemurah," katanya.

Dalam pada itu, menurut Fasha, ibu kepada Nad Zainal, Faridah Mohd Noor turut berkongsi keadaan kesihatan Nad yang bertambah baik berbanding sewaktu mula-mula dimasukkan ke hospital minggu lalu.

Syukur Alhamdulillah, majlis solat hajat berjalan dengan baik dan ramai yang mendoakan yang terbaik buat Farah Nadia (Nad Zainal).

FASHA SANDHA

PELAKON

Malah kata Fasha, dia turut berkesempatan menziarahi Nad di hospital pada Selasa.

"Boleh dikatakan hari ini adalah hari paling baik sepanjang dia dirawat di hospital, Alhamdulillah keadaan Nad bertambah baik," jelasnya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain