suria

Gementar setiap kali nyanyi ‘live’, Nabila Razali bimbang penilaian netizen... Kini pilih lagu ikut kemampuan vokal

Nabila Razali masih gementar menyanyi 'live'.

SEJAK insiden 'terkucil' di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 tahun lalu, penyanyi Nabila Razali mengakui masih lagi gementar setiap kali melakukan persembahan nyanyian.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, berkata perasaan gementar itu datang terutamanya ketika dia membuat persembahan secara langsung.

"Saya memang orang yang kuat gementar. Selepas insiden yang berlaku di sebuah anugerah tahun lalu, membuatkan saya lagi berhati-hati dan lebih gementar.

"Sudah tentu saya tidak boleh menipu, setiap penilaian netizen selalu bermain di fikiran saya," katanya kepada mStar.

bella1 - 1

Nabila masih gementar apabila memikirkan penilaian netizen.

Nabila berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Terluka yang diadakan di pejabat Universal Music Malaysia, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini memberitahu dia masih lagi trauma mengenang kejadian hitam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Spekulasi 'foto kahwin' Nabila Razali dan MK K-Clique terjawab! Rupanya hanya teaser MV lagu baharu... "Ini bukan gimik"

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali muat naik foto bersama lelaki dalam busana pengantin, kahwin rahsia atau gimik?

Bagi memastikan insiden sama tidak berulang, Nabila memberitahu dia meneruskan sesi kelas vokal bersama Shaffiq Erwin untuk memperbaiki mutu nyanyian.

"Sebagai seorang penyanyi, kami mempunyai jangkaan apa yang ingin diberikan kepada penonton. Jadi, saya memang risau sekiranya nyanyian itu tidak sampai.

Sudah tentu saya tidak boleh menipu, setiap penilaian netizen selalu bermain di fikiran saya.

NABILA RAZALI

PENYANYI

"Namun, saya hanya boleh berusaha dan saya cuba cari masa untuk menghadiri kelas vokal. Alhamdulilah, gementar saya tidak seteruk dulu," ujarnya.

Sementara itu, Nabila memberitahu dia kini lebih teliti dalam memilih lagu yang sesuai dengan kemampuan vokalnya.

"Sudah tentu sebelum memilih lagu, kita kena mengikut dengan kemampuan vokal. Saya tidak ambil lagu baharu dan terus menyanyi.

"Saya akan pastikan lagu yang dipilih itu sesuai dan mengikut apa yang mampu saya beri," katanya.

bella2 - 1

Nabila akui memilih lagu mengikut kemampuan vokalnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Aku Terluka hasil ciptaan Amylea Azizan dan MFMF.

Video muzik (MV) Aku Terluka yang dilancarkan di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment pada Rabu lalu kini sudah pun menerima sebanyak 170 ribu tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain