KEMUNCULAN usahawan dan pengacara Noor Neelofa berkerusi roda semasa tiba di negara Brunei menimbulkan kerisauan peminat tentang tahap kesihatan selebriti berkenaan. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Brunei dengan berkerusi roda sambil disorong oleh suaminya iaitu Haris Ismail. Neelofa dan Haris ke Brunei atas urusan kerja. Pasangan ini dikatakan berkunjung ke negara berkenaan bagi menghadiri majlis bual bicara motivasi. Video Neelofa berkerusi roda itu dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Isu pemakaian kembali ditimbulkan, Neelofa kata suami 'approve' dulu setiap penampilannya ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa tak rindu kehidupan glamour, hati kini rasa lapang dan 'penuh' Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat bimbang melihat keadaan Neelofa dan berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat. "Lofa okay ke tu? Berkerusi roda, semoga sihat-sihat selalu. "Kenapa Lofa siapa tahu tolong jawab. ?Kenapa tu Lofa? Tak sihat ke?," tulis netizen. Peminat risau tentang tahap kesihatan selebriti ini. Selain bimbang mengenai kesihatan Neelofa, ada juga peminat membuat spekulasi mendakwa bekas pengacara program MeleTOP itu sedang hamil. "Mengandung lagi ke Lofa? "Macam Madammu mengandung.. Adakah?," tanya mereka. Untuk info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama Haris, 27, pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI