PENYANYI Siti Nordiana mengakui bimbang jika timbul tanggapan negatif peminat apabila drama Aku Seorang Perempuan yang merupakan inspirasi kisah hidupnya mula bersiaran. Bagi memastikan tidak timbul isu berbangkit, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 38, berkata dia banyak memberi panduan kepada pihak produksi agar paparan kisah tersebut tidak dilihat keterlaluan. "Memang ada babak yang sedikit keterlaluan dan membuatkan saya sendiri agak risau. Bagaimanapun itu semua kreativiti pengarah dan seni. Takkan orang nak tonton cerita yang mendatar sahaja. Nana berkongsi cerita dengan Atikah untuk menghidupkan watak. "Saya hanya boleh memberi nasihat supaya babak itu tidak memberi aura negatif. Biarlah ia sampaikan kisah positif untuk memberi inspirasi kepada penonton," katanya kepada mStar. Drama arahan Hashim Rejab itu juga merupakan garapan dari novel tajuk sama yang ditulis oleh Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin. Kata Nana, apa yang dicerita dalam novel itu lebih banyak berkisarkan tentang perjalanan dalam kerjaya dan tidak terlalu mengangkat hal peribadi. ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 5 tahun Siti Nordiana berakhir, sanggup tolak persembahan pentas demi rakam lagu ciptaan M. Nasir ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang orang muda ramai sakit, Atikah Suhaime buat ‘content’ menu sihat sebagai panduan... katanya diet bukan untuk kurus "Dalam novel pun saya tidak secara terperinci. Saya tidaklah kongsi kisah peribadi. Apa yang diceritakan dalam novel hanya basic sahaja. "Saya juga faham penonton sekarang sudah bijak. Mereka tahu jika ada yang keterlaluan itu adalah garapan pengarah untuk dijadikan sebuah drama," ujarnya. Saya tidaklah kongsi kisah peribadi. Apa yang diceritakan dalam novel hanya basic sahaja SITI NORDIANA PENYANYI Drama tersebut menampilkan pelakon Atikah Suhaime yang membawa watak Nana bernama Siti Nor Aisya. Bagi mendalami watak, Atikah juga banyak bertanya kepada Nana supaya benar-benar dapat menyampaikan mesej kepada penonton. Atikah berjaya membawa watak Nana. "Saya percaya apabila watak ini dibawakan oleh pelakon lain ia menjadi lebih baik. Atikah ada kreativiti sendiri. Saya ini seorang yang pendiam, tapi dia hidupkan watak ini. "Sebelum memulakan penggambaran Atikah ada berjumpa saya. Dia mendalami watak saya. Ketika penggambaran pun dia selalu hubungi untuk bertanya," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI