suria

Hun Haqeem hampir ‘beku’ gara-gara Piala Dunia, kagum semangat kesukanan masyarakat Korea Selatan

Hun teruja berpeluang menonton perlawanan Korea menentang Portugal.

SUNGGUHPUN tidak dapat ke Qatar menonton Piala Dunia namun pelakon Hun Haqeem tetap berpeluang merasai kehangatan perlawanan bola sepak di antara Korea Selatan dan Portugal pada malam Jumaat.

Hun atau Haqeem Hermy, 24, yang kebetulan berada di Seoul, sempat menonton perlawanan tersebut bersama ribuan peminat di Gwanghawum Square meskipun terpaksa menahan cuaca sejuk sekitar -5 darjah celcius.

"Memang ini merupakan satu pengalaman terbaik saya lebih-lebih lagi menonton bola dalam musim sejuk.

"Walaupun pukul 12 tengah malam dan suhu cecah -5, kita bedal sahaja tengok seorang diri," katanya ketika dihubungi mStar.

hun1 - 1

Hun ketika di Gwanghwamun Square, Seoul, Korea.

Dalam pada itu, Hun berkata, dia sebenarnya tidak tahu rakyat di Korea juga gemar menonton perlawanan bola sepak beramai-ramai ditempat awam.

Dia sendiri mendapat tahu tentang perkara berkenaan setelah seorang warga Singapura berkongsi maklumat itu kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tanya mana Jekfer? Hun Haqeem terpaksa kunci mulut, sedih tak dapat berlakon dalam 'Kampung People 3'

ARTIKEL BERKAITAN: Drama adaptasi 'W: Two Worlds' antara 5 siri menarik Viu Original 2023

"Selepas diberitahu oleh seorang warga Singapura tentang tayangan perlawanan bola sepak tersebut, saya pun gigihkan diri untuk merasai pengalaman menonton bola bersama mereka.

"Kebetulan ia adalah satu perlawanan yang besar dan Korea pula menang. Jadi, saya bertuah dapat merasai pengalaman melihat bagaimana rakyat mereka memberikan sokongan terhadap kontinjen negara mereka dalam Piala Dunia tahun ini," ujarnya.

Walaupun pukul 12 tengah malam dan suhu cecah -5, kita bedal sahaja tengok seorang diri.

HUN HAQEEM

PELAKON

Hun kini berada di Korea Selatan mengambil peluang untuk bercuti merehatkan minda selepas sekian lama sibuk menjalani penggambaran drama.

Untuk info, Hun bakal muncul dalam drama adaptasi dari Korea Selatan iaitu W: Two Worlds yang bakal ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada tahun depan.

Drama Viu Original itu bakal diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan Hun bakal bergandingan bersama pelakon Daiyan Trisha sebagai watak utama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain