suria

Bahu kiri cedera, Ashraf Muslim kena tendang dengan kuda sendiri

Ashraf kelihatan tenang ketika dalam perjalanan ke hospital.

PELAKON Ashraf Muslim terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan menaiki ambulan selepas mengalami kecederaan akibat ditendang kuda pada Ahad lalu.

Ashraf atau Muhd Ashraf Muslim, 41, berkata, dia mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri selepas ditendang dan disadung oleh kuda miliknya ketika menyertai sebuah program perlumbaan kuda di Penn Endurance Cherating Beach, Terengganu.

"Pertama kena tendang dengan kuda orang lain. Kedua di sadung dengan kuda sendiri.

"No pain, no ride. Tunggu sebulan lagi, apabila sudah sembuh Insya Allah kita ride semula," katanya.

Ashraf memuat naik hantaran dirinya sedang menerima rawatan di Instagram

Ashraf berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memperlihatkan dia sedang terbaring di dalam ambulan bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam video tersebut, Ashraf memakai anduh pada bahagian bahu selain pergelangan tangan kanannya turut berbalut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf berkongsi berita berkenaan menerusi hantaran di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Louis Tomlinson patah tangan, terjatuh semasa pulang dari konsert

Dalam pada itu, Ashraf memberitahu disebabkan insiden itu dia tidak dapat menghabiskan perlumbaan 40 kilometer bersama kudanya namun berjanji akan kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Namun pelakon itu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak penganjur atas rawatan segera yang diterima selepas kejadian berlaku.

"Mungkin kali ini tiada peluang untuk saya habiskan 40 kilometer tapi berbekalkan semangat yang ada, saya akan lawan. Doakan saya dan saya doakan kalian semua dimurahkan rezeki dan diberikati Allah SWT. Amin.

"Apa-apa pun terima kasih kepada yang membantu dan Alhamdulillah pihak perubatan untuk acara kali ini sangat mesra dan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah yang sungguh cekap dan teliti serta mesra dengan pesakit... terima kasih doktor dan jururawat," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain