suria

Tabung kecemasan Nad Zainal berjaya kumpul RM43,987.50, sudah diserahkan kepada keluarga 

Tabung Kecemasan Nad Zainal dihentikan buat masa ini.

TABUNG Kecemasan Nad Zainal berjaya meraih sumbangan sebanyak RM43,987.50 sejak ia dilancarkan pada 29 November lalu.

Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu sumbangan tersebut sudah pun diserahkan kepada ibu bapa Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin bagi urusan pembayaran hospital.

"Mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.

"Ini termasuklah rakan-rakan artis, sahabat dan guru Aswara, produser TV, rakan-rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat Nad Zainal," katanya menerusi hantaran di Instagram.

kinah

Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan perkara itu di Instagram.

Sehubungan dengan itu, Sakinah berkata, kutipan sumbangan menerusi akaun Thespian Legacy dihentikan buat masa ini.

"Terima kasih atas semua titipan doa dan sumbangan yang diberikan kepada sahabat kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Kecemasan Nad Zainal dilancarkan, bantu keluarga tampung kos rawatan hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Paru-paru belum cukup kuat bernafas sendiri, Nad Zainal kembali direhatkan

"Semoga usaha kita ini dipermudahkan dan sahabat kita kembali sihat," katanya.

Untuk rekod, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan dalam paru-paru.

Terbaharu, keadaan pelakon itu dilaporkan menunjukkan perkembangan positif namun kembali direhatkan ekoran paru-parunya belum cukup kuat untuk bernafas sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain